Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 17 April 2014

... KEBAIKAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI.....

Morning Uolsss..
Khamis kita yerk .. sekejap jerk masa berlalu sekarang nie kan
so moh laa kita mulakan hari kita dengan 
"perkara yang baik-baik..
fikir benda yang baik-baik.. cakap perkara yang  baik-baik
dan semoga harinie hari yang terbaik untuk diri kita... "
dah sarapan ke pagi nie.. jangan tak makan tau beb.. tak elok untuk kesihatan.. 
pagi nie aku makan sandwich.. nasib baik bawak bekal pagi nie.. huhuhuhu.. kad atm aku kehilangan entah kemana perginyaa. puas aku mengodek beg.. tak adooo..dah la dalam beg tinggal syiling jerk..  kata haziq.. semalam si anak dara tu menyelongkar beg aku.. uuhhhh... minah tu sekarang memang kerja dia mengodek beg aku .. apa lagi kalau tak cari lipstik .. so... memang dari pagi sampai ke petang laa aku makan roti nie jerk.. dah la minyak kereta pun nyawa-nyawa ikan.. agak-agak kalau bayar guna duit syiling.. dorang terima tak.. hahahahahah.. terima la kot.. tapi pengsan la nak mengira kan.. 
Aah.. aku dah tak diet atkins dah sekarang.. aku sekarang lebih kepada sessi maintainkan berat badan.. alhamdullilah.. so far berat still maintain.. tapi nasi .. gula.. aku still tak ambik.. roti pun aku ambik seminggu sekali sahaja.. yer sure ada orang yang bertepuk tangan kan..dah tak diet nie.. sure ada yang bertanya kan.. MENGANDUNG ke?!!... ambooiii.. itu biarlah Allah yang tentukan..ada rezeki insyaAllah..  bila tau aku dah tak DIET. opkos laa pak incik.. la yang  seronok kan ...memang dia seronok bila tengok bini dia makan.. makan..dan terus makan.. 
ok berbalik kepada kepentingan sarapan nie.. korang jangan skip sarapan tau.. nie aku google aku ambik info nie dari KLIK
so baca ek.. dapat sikit info untuk kita....

untuk yang buat diet atkins anda adalah di sarankan untuk mengambil breakfast.. jangan skip.. kalau tak berat tak turun.. 
........................................................................................................................................................................................................................
Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan.  Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya anda lebih paham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 

Tips sarapan sihat :1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika  tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati  semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan  vitamin bagi tubuh.  Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup
Artikel dimasukkan pada 9 MEI 2011

5 ulasan:

mysha berkata...

Hehehe bagusla akak amik roti seminggu sekali..sha hari2 makan roti.. sebab tu skrg da demoKKSSSs uhuk3...

Cik K pinjam kad ATM akak kot nak g shopping muahahaaha!!

Shima Zahar berkata...

sha...

alolololo.. awak mana ada gemok.. maintain jerk akk tengok.. hahahah yer la kot.. minah tu nak g beli lipstik dengan tudung.. hehehehhe

~~AzaLea~~ berkata...

nyum2.. ari ni sy pose inshaAllah.. bukak2 blog akak nampak roti yang sgt mengiurkan..

Akak nak tukar syiling dgn saya tak? hehehehehe

Shima Zahar berkata...

Puasa ganti ke yunk.. ala roti x best pun. Tak yah terliur ek.. hahahahaha.. tp tu la kan. Bila kita puasa nampak apa semua sedapp kan..

Nak.tukar syiling ke.. banyak nie.. paling banyak 1 sen.. hhehehe

Cho Zila berkata...

best oooo sarapan yang nampak sihatni..baruler ada gaya... ha.. ha...