Nuffnang

Nuffnang

Jumaat, 14 Februari 2014

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

salam  uolsss.
salam penghulu hari..

lama nau tak merepek dekat blog nie kan.. berminggu haa..
ala biasa la kan shimazahar memang  begitu ..
minggu lepas.. 4 hari cuti CNY.. pastu aku sambung cuti sendiri 2 hari..
pastu.. naik kerja.. kelam kabut bukak email.. ghupernya kena attend kursus 2 hari
nasib baik dekat jerk.. kalau tidak harus meraung..

lepas kursus masuk kerja.. atas meja dah banyak kerja-kerja yang nak kena siapkan
macam cacing kepanasan ler.. menyiapkan paper yang boss dah bagi dateline.

so .. harinie  nak citer pasal.. masak.. memasak.. membaking..

pompuan nie .. kalau duk rumah memang tak leh dok diam..
ader jerk benda yang dia nak godek..
kain baju tak plak dia rajin nak melipat
opssss..

aku suka memasak.. mengemas.. bleh laa. jugak.. kira rajin laa jugak
tapi kalau bab kain baju memang mak hencik pemalas nauzubillah
unta padang pasir pun tak malas macam mak hencik.
nasib baik pak incik rajin bab kain baju.. hiksss.. lap u pak incik.

so.. hari bila entah.. aku dah tak ingat..
aku tengok dalam peti ais ada cream cheese..
dah lama beli tapi tak guna lagi..
konon nak buat kek cheese meleleh tapi...
bahan untk cream cheese meleleh tu tak ada
nak keluar malas.
so buat apa jerk yang boleh

godek lagi resepi.. jumpa kek nie
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
haa memang kena laa.. kukus mengukus nie..kan rumah mak hencik oven rosak
pak incik tak ganti ganti lagi.. almaklum ler.. pak incik tak dapat bonus tahun nie
so tunda laa dulu nak beli oven..

nak kata senang tak laa jugak..
nak kata rumit tak jugak laa
kira boleh laa... yang pasti dapur memang bersepah



 rentasan kek yang tak cantik.. orang lain buat cantik jerk.. 
 atas kek tu aku tambah coklat ganache.. sangat yummy

nie resepi aku ambik dari blog Secubit garam...
kalau korang nak try.. sila ikut resepi nie..
memang sedappp dan tak menghampakan..




KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


Bahan utk lapisan cheese:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.

Bahan utk kek: 
Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk b/powder

Bahan B
1 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn myk masak @ butter dicairkan (shimazahar guna butter. sebab bau butter lagi sedap)
1/2 cwn air panas suam
1/2 sk coffee/mocha emulco
1 biji telur A

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.
Balut penutup periuk dgn kain  utk mengelakkan air wap menitik ke dalam kek.
Tuang 1/2 bahagian kek coklat ke dalam loyang 7" yg dah digriskan dgn mentega dan dialas dgn baking paper.
Kukus selama 15 minit.
Tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus selama 15 minit.
Kemudian tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 20 minit (atau sehingga masak)
Biarkan sejuk dan keluarkan dr loyang.
Tuangkan ganache di atasnya dan biarkan seketika di dalam peti ais.
Sedia utk dihidangkan.
GANACHE SIMPLE
Bahan:
150gm coklat masakan~ dipotong kecil
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak) atau mentega

Cara:

Panaskan susu (kaedah double boiler) &  coklat masakan.
Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.
Masukkan minyak/mentega dan kacau sebati.  Ketepikan.
 
 tapi korang kena betul betul sejukkan kek nie sebelum dipotong tau.. kalau boleh biarkan dalam peti ais dalam 4 atau 5 jam atau lebih baik semalaman.. kalau korang potong  dalam 2 atau 3 jam.. atau kek tu tak betul betul set.. bila potong kek tu lembik.. macam aku nie laa. tak menyabar nak potong.. bila potong .. ambikkk selekeh.. dah macam kek leleh plak kekdahnyaa..


10 ulasan:

~~AzaLea~~ berkata...

pergh!! perghhh!! dan perghhh!!


menjejes ailio..

noris berkata...

shima dah stop berdiet atkins ker?

Shima Zahar berkata...

noris..
saya still atkins..nie saya buat untuk anak anak dan suami..

Shima Zahar berkata...


lea:
alamak mak yong dah terliur laa.. sorry ek mak yong

~~AzaLea~~ berkata...

kihkihkih...


ah tak kira! pos sekarang gak.. :)

S. Faezah berkata...

uishh sedap ni..klu nama cheese mmg sedap..hehe

Shima Zahar berkata...

S.faezah....

Kan..kan.. apa apa cheese mmg sedapp.. lemakk lemak masin kan.. dapppp

Shima Zahar berkata...

Alolololo mak yong.. nnt ek.. insyaAllah.. satu hari bila kita ada jodoh bertemu... akk buatkan ek

Cho Zila berkata...

Ehm sedap nampaknyer. ..kukus pun bolehkan...
Bab kaintu hari2 x lari punya.... derjer

❤Kamsiah❤ berkata...

akak mmg malas nak buat benda2 yg renyah mcm ni tp anak dara akak mmg rajin hehe