Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

.... KUIH KASWI BERSALJI....

Assalamualaikum....

salam Maulidur Rasul... dan salam hari rabu yang indah...
Dah dekat setengah bulan baru terhegeh-hegeh nak buat entry..
so nie first entry untuk di tahun baru 2014.. 

so harinie nak citer pasal Kuih muih tradisional.. 
errrmmm aku memang pengemar kuih muih yang manis-manis dan lemak-lemak nie.. 
memang menjadi pembuka selera pada anak tekak aku nie.. 
memang harus hilang lah diet semua.. semua diet aku humban ke laut.. hikss.

hari sabtu baru nie.. aku try google kuih kaswi.. 
dah lama teringin nak makan.. tapi tak mo yang beli. 
sebab kekadang yang beli nie tak sedap.. ada satu tempat yang sedap
tapi orang tu berniaga time bulan puasa jerk.. bulan lain dia tak menjual
hampa kan.. 

so meh kita google.. resepi.. aku pernah laa buat sebelum nie tapi tak menjadi
LEMBIK!!!..
tapi gigih jugak nak try sekali lagi.. mana la tau menjadi plak kali nie kan.. 
so dah google.. dan tengok bahan dalam gobok ada semua.. so moh kita start buat..
tetengah malam mengukus kuih.. hikss hikss.. 

see.. menjadi kata ko.. elok kejadian nyaa.. dengan rasa lemak.. kenyal.. manis-manis.. oohhhhh sangat ohsemm.. mungkin jugak sebab aku nie dah tua .. so aku lebih gemar ke kuih muih tradisional kot.. so percubaan yang tak sia-sia.. walaupun mulut dua anak bujang aku agak choiiiii malam tu.. tapi mak korang membukti kan hasilnyaaa menjadi.. 

si aiman.. dengan selamba.. "errmmm..kuih apa nie plak. bau busuk laaa ummi.. nie mesti tak menjadi"... mulut si anak kan.. sekali bila dah siap.. dah di gaul dengan kelapa.. ambik ko.. sepinggan dia sorang.. hahah haziq pun sama.. alhamdullilah buat satu loyang setengah.. habis .. dan semalam kena repeat buat sekali lagi.. aiman request.. 

aku ternanti-nanti komen dari pak incik.. sekali gigit.. hanya mengangguk.. tanpa kata-kata.. 2 kali gigit.. pejam kan mata... 3 kali gigit.. baru komen.. TERBAIKK.. MENJADI.. SEDAPPP.. .. 

so meh aku kongsi resepi dengan korang ek.. resepi nie aku ambik dari blog kak ratna .. saper-saper yang nak try apa-apa jenis kuih muih dan resepi lauk pauk.. bleh rujuk blog kak ratna nie.. memang tak menghampakan.. sedapppp...


Kuih Kasui / Kaswi
Resepi MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula merah (aku guna 3 keping gula melaka campur dgn 3 senduk kecik gula)
1/2 cawan tepong ubi
7 cawan air
2 helai daun pandan
3 sudu kecil air kapur (masukkan 1/4 cawan air dalam bekas kapur mkn & kacau2 sikit gunakan jari untuk menghasilkan air kapur yg  sederhana pekat, kemudian baru di sukat)
3 sudu besar kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak)

Bahan salut
1 biji kelapa yang agak muda di parut putih
sedikit garam halus
(kukuskan kelapa sebentar untuk mengelakkan ia cepat basi)

Cara menyediakan
1. Masak gula merah bersama dengan 3 cawan air & daun pandan sehingga gula larut. Tapiskan & campurkan dengan 4 cawan air lagi.  
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Campurkan tepong gandum dengan tepong ubi dalam satu bekas & gaulkan.  Tuangkan air gula sedikit demi sedikit sambil di kacau rata menggunakan whisker.  Campurkan air kapur & kicap & kacau sehingga tiada berbintil.  Tapiskan adunan ke dalam loyang saiz 10".
4. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 45 - 55 minit dengan penutup periuk kukusan dibalut dengan kain bersih. Jika ada air dipermukaan kuih, bolehlah dibuang dengan merengkan sedikit loyang & cedok dengan sudu. Boleh juga ambil tuala dapur bersih/tisu dapur & lapkan permukaan kuih.
5. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong & disalut dengan kelapa parut untuk hidangan pagi atau minum petang.  Kuih boleh dimasak waktu malam untuk dihidang keesokkan harinya.
kuih kaswi bersalji katanya.. 



5 ulasan:

fazitaismail berkata...

rajinnya akk masak kuih muih org dulu2..hikhik
mesti sodappp kan..
biasa kalau beli kat kedai kdg tu rasa pahit terlebih kapur..huhu
baik buat sendiri kann lagi sedapppp hihi

Suzana Ikram berkata...

Kuih kaswi mmg la fav zana. Pandai shima buat. Zana nak belajar buat tapi entah bila agak nyer.
Nampak sangat sedap.

ziera fiera berkata...

hai...saya blogger baru tp dah lama bc blog awak...salam perkenalan...

ziera fiera berkata...

salam perkenalan..

Shima Zahar berkata...

Salam ziera fiera... salam perkenalan. . Terima kasih sudi baca blog saya