Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 16 Julai 2014

..... SAWANG RAMADHAN....

Assalamualaikum!!!!!



hai korang!!!!!!!!!!!
ingat aku lagi ke tak.. ke dah tak ada yang singgah blog usang hampir nak pupus nie..
hikhikhikhikhikhik.. hampir sebulan baru terhegeh-hegeh nak menjengguk blog..
ehhh... sebulan kebenda.. 2 bulan ler.. kah..kah..kah.. 
al-maklum ler.........
iolls alergik nak pandang screen komputer lelama..

so.. tahun nie tiada resepi di sepanjang bulan ramadhan..
masak apa yang sempat jerk.. 
asal bleh isi tembolok  perut anak beranak.. dah kira bersyukur kan..
alhamdullilah.. 

so .. lepas raya jek laa 
sambung sessi merepek meraban dekat sini ek
terima kasih pada yang masih sudi menyinggah yerk..


tunggu ek.. nak buang sawang dulu nie .. hikss..



Jumaat, 2 Mei 2014

... kemalasan di hari jumaat...

Salam uolss..
Ada yang sambung cuti ker hari ni. .
Warghh heaven kan.. sambung cuti
Dapat 4 hari cuti..
Tapi hakak.. korje..
Korje..korje.. time opis sunyi lagi heaven.
Harinie bawak cik kak nie .. bleh la jadi peneman mak dia time sunyi sunyi nie..

Selasa, 22 April 2014

::... POPIA PISANG DAN AISKRIM VANILLA.. PENGARUH JJCM SANGAT....::


Hollllaaaaaa everyone...
amacam korang sihat ker..
semalam hujan lebat sangat kan....
basah lencun aku dengan hannah kaysah semalam

dengan ribut... angin kuat...
sampai payung dekat tangan berterbangan..
tu yang kami dua beranak lencun tu..
lari berteduh 
dok bawah garage motor.. 
dahan pokok dok gedegang gedegung .. jatuh atas bumbung..

lagi mengerunkan.. kami tekad
harung hujan .. memang mandi hujan sangat la kami semalam
dari tempat parking sampai ke lift rumah
impian menjadi kenyataan .. dah lama teringin nak mandi hujan katanya
tapi sangat kesian dekat hannah.. memang basah..

bila hujan.. perut harus kelaparan
lepas mandi... hannah dah mintak makanan
errmmm.. mau makan apa..
lom masak lagi...

jom la kita makan dessert jerk..

 popia pisang dan aiskrim vanila 
(pisang digulung dengan kulit popia dan digoreng)

nie semua akibat pengaruh JJCM sangat..
ahad tu tengok jjcm.. tengok ada menu nie.. 
haiiii.. tekak nie nak makan jerk
suruh pak incik belikan bahan.. buat petang ahad tu jugak..
so semalam continue buat lagi.. makan time petir dan kilat berdentum dentam

memang heaven.. 
sejuk-sejuk makan plak benda sejuk.. 
hannah makan sambil tutup mata..
'uihhhh dappppp nyaaa ummi'

memang sedappppppppp.. pisang dan kulit popia tu memang serasi bersama.. kalau ada madu dengan coklat cair tu.. pergghhhhhhhh sure lagi meletop dan mantopsssss... tapi tak ada semua tu.. tetap licin sedapppp katanyaaa ko... korang try laaa.. senang sangat.. pasti anak korang suka.. 


Isnin, 21 April 2014

..... TAZKIRAH DI PAGI ISNIN........



Salam Sahabat....

No Monday blues tau harinie.. 
sentiasa ceriakan diri kita .. 
insyaAllah.. sure semangat nak buat kerja harinie..

sekarang nie dekat opis nie.. tetiap minggu setiap orang kena bagi TAZKIRAH..
ayoyoyoyo.. aku dah laa tak pernah nak bagi tazkirah nie.. 
nak bercakap depan orang ramai pun tak terkeluar suara...
nie kan plak nak kena bagi tazkirah.. huaarrggghhhhhhhhhh...

so... sebelum aku kena bagi tazkirah dekat depan orang dalam opis aku nie.. 
meh aku nak share dengan korang sikit tazkirah..
aku rasa tazkirah nie terbaik.. dan peringatan terbaik untuk diri aku sendiri..
semoga aku dapat muhasabah diri aku ... dengan cerita ini.. 

Tazkirah nie dari petikan IKIM
lebih kepada Usrah..
Dimana.. Ustaz Zul Ramli menceritakan.. 

Bagaimana Nabi Musa cuba melihat kebaikan 
didalam bangkai seekor anjing 
yang mati di padang pasir.
Bila mana Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada
yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah .. isi perut yang terburai.. 
tetapi Nabi Musa bersuara 
"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU"

Sahabat-sahabat menegur bagaimana Nabi Musa boleh berkata demikian lalu Nabi Musa menjawab
"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN"

Allahualam....
Moga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA.. 
InsyaAllah hati kita akan bertambah senang dan tenang..

Jadilah Seperti Lebah Walau Hidup Didalam Lautan Sampah Bunga juga yang di cari ... 
Jangan Jadi Seperti Lalat Walupun Hidup Di Taman yang  Indah Sampah Jua yang di Nanti...

semoga ikatan kita sesama manusia akan lebih ukhwah dan harmoni tanpa ada rasa dengki .. iri hati dan membenci sesama sendiri.. 

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK KEPADA ORANG LAIN
IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA... KERANA HANYA ORANG YANG 
HATI TIDAK BERSIH, SELALU MELIHAT KEBURUKAN PADA ORANG LAIN"

Khamis, 17 April 2014

... KEBAIKAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI.....

Morning Uolsss..
Khamis kita yerk .. sekejap jerk masa berlalu sekarang nie kan
so moh laa kita mulakan hari kita dengan 
"perkara yang baik-baik..
fikir benda yang baik-baik.. cakap perkara yang  baik-baik
dan semoga harinie hari yang terbaik untuk diri kita... "
dah sarapan ke pagi nie.. jangan tak makan tau beb.. tak elok untuk kesihatan.. 
pagi nie aku makan sandwich.. nasib baik bawak bekal pagi nie.. huhuhuhu.. kad atm aku kehilangan entah kemana perginyaa. puas aku mengodek beg.. tak adooo..dah la dalam beg tinggal syiling jerk..  kata haziq.. semalam si anak dara tu menyelongkar beg aku.. uuhhhh... minah tu sekarang memang kerja dia mengodek beg aku .. apa lagi kalau tak cari lipstik .. so... memang dari pagi sampai ke petang laa aku makan roti nie jerk.. dah la minyak kereta pun nyawa-nyawa ikan.. agak-agak kalau bayar guna duit syiling.. dorang terima tak.. hahahahahah.. terima la kot.. tapi pengsan la nak mengira kan.. 
Aah.. aku dah tak diet atkins dah sekarang.. aku sekarang lebih kepada sessi maintainkan berat badan.. alhamdullilah.. so far berat still maintain.. tapi nasi .. gula.. aku still tak ambik.. roti pun aku ambik seminggu sekali sahaja.. yer sure ada orang yang bertepuk tangan kan..dah tak diet nie.. sure ada yang bertanya kan.. MENGANDUNG ke?!!... ambooiii.. itu biarlah Allah yang tentukan..ada rezeki insyaAllah..  bila tau aku dah tak DIET. opkos laa pak incik.. la yang  seronok kan ...memang dia seronok bila tengok bini dia makan.. makan..dan terus makan.. 
ok berbalik kepada kepentingan sarapan nie.. korang jangan skip sarapan tau.. nie aku google aku ambik info nie dari KLIK
so baca ek.. dapat sikit info untuk kita....

untuk yang buat diet atkins anda adalah di sarankan untuk mengambil breakfast.. jangan skip.. kalau tak berat tak turun.. 
........................................................................................................................................................................................................................
Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan.  Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya anda lebih paham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  
Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 

Tips sarapan sihat :1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika  tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati  semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan  vitamin bagi tubuh.  Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar. (kompascom)

Sumber : Artikel gaya hidup
Artikel dimasukkan pada 9 MEI 2011

Rabu, 16 April 2014

..... Wordless Sangat..

hai korang....
ingat mak hencik lagi tak.. 
ke dah lupo...

hiksss
lamo bebenor mak hencik tak berupdate yerk
dah nak masuk sebulan beb .. mak hencik tak berupdate

bukan apa beb.. mak hencik tak ada benda nak di citerkan 
baik dediam kan .. dari update merapu meraban.
nanti orang menci plak .. yer tak.. 
mak hencik malas jerk sekarang nie.. 
korje mak hencik pun banyak.. 
tak caya.. cer tanya kawan opis mak hencik.. 
eh.... heheheheh

ok lah.. intro dulu.. kira nie first update untuk bulan April..
bulan Mei entah bila plak mak hencik update yerk..

bye bye uolsss,,
cayang uolsss.. mmuuaaahhh... 


Jumaat, 21 Mac 2014

:..... BERTANYA KHABAR.....:



aSSlamualikummmm...

hiksss... korang apa khabar sihat ker....??!!!  
lama betul tak tanya khabar korang kan..
harap korang sihat sihat jerk laa yerk..
semoga kehidupan korang sentiasa dimurahkan rezeki
dan sentiasa di dalam Redha Allah S.W.T

lama sangat tak menyengah dan tanya khabar korang
lama sangat tak singgah singgah blog korang
jangan marah yerkk.. akan aku terjah blog blog korang nanti
aku tetap akan menjalinkan persahabatan dengan korang.. 
walaupun di dalam Alam Maya.. 
hehhehhehheeh...

erm... sebenarnyaa tak ada citer nak kongsi dengan korang
sebab tu blog nie lama membisu.. 
aku pun sekarang banyak sangat benda yang kena buat
sampai kekadang diri aku pun aku tak jaga leklok..
ada masa sempat makan.. ada kala tak makan..
tau tau dah petang.. sekarang tengah dok tanggung sakit seperti dulu ..
korang doakan aku yerk.. 
aku pun senantiasa mendoakan korang dalam keadaan
kesihatan yang baik bersama keluarga terchenta..


ermmm.. apa lagi nak citer...
owwh yer .. harinie 21 mac 2014
kalau arwah ada .. harinie adalah hari lahir arwah yang ke 77.. 
arwah la orang yang paling happy kalau menyambut harijadi..
kalau arwah ada.. pasti pagi tadi telefon aku dah berdering...dengan ayat

"SHIMA.. HARINIE BERAPA HARIBULAN..  KO LUPA NAK WISH BIRTHDAY ABAH EK"..... 

Al-Fatihah untuk Hj Md Zahar Bin Abu Amin..

sweet ok ...hehehehehh.. dan yang mengikut perangai arwah.. sudah tentu anak bongsu dia. heheheh. aku akan sentap kalau family tak wish birthday.. tak ada hadiah pun tak apa..asalkan wish .... hikss aku memang suka syiok sendiri.. 

ok laa.. adios.. 
semoga permulaan harinie dimulakan perkara yang baik-baik
berfikir perkara yang baik-baik dan
bercakap perkara yang baik-baik.. 




Al-fatihah untuk arwah abah..


Rabu, 5 Mac 2014

..... KUALA LUMPUR...

Syabas!!!!....
Warga Kuala Lumpur. .. kalian mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi..
Tahniah!!!

Isnin, 3 Mac 2014

......SESEKALI..MAK JEMAH..RASA..TERINGIN..........

Morning!!!!!

...........................................

Taip.... Delete

taip.... delete..

taip.... delete

sudahnyaa harinie dia pembuka kata.. layan gambar sambil mak jemah citer  ek..

Teringin.. lama bebenor tak makan beef molgagal nie.. semalam ajak jugak pak incik makan dekat SABA.. semata-mata nak makan nie.. nyummm nyumm sedapppp..

nie pun teringin gak... last makan masa mengandungkan Hannah Kaysah.. pastu dah tak makan-makan
sampai laa kawan showoff.. teruss rasa teringin.. walaupun tak merah.. tapi rasanyaa tetap manis.. 3 biji mak jemah makan sesorang.. hiksss..

ini lagi aku teringin.. dekat setahun tak makan... lempeng adalah makanan kegemaran mak jemah selamanyaa..  makan cicah dengan kuah asam pedas.. sangat mantop.. cicah dengan sambal tumiss.. meletopss. yang nie mak jemah sapu nutella lagi menjejes.. sedaappp sangatttt....

 sekarang kalau pepagi.. masuk cafe tak payah pepening kepala dok pikir nak makan apa.. 

taip .. delete...

taip .. delete...

taip.. delete...

sorry laa tak ada penutup gak.. adiosssss........

Peace Yo!!!!

Ahad, 2 Mac 2014

...APAM BALIK PEMANGGANG AJAIB...

Salam
Hari minggu yang kelam kabut.. katanya putrajaya tak ada air.. dan lagi kelam kabut bila kawan whatassp kata .. rumah kawan nya.. di area rumah aku tak ada air.. harus laa mak jemah melompat dari atas katil.. baru nak menadah air laa kononnyaa.. tapi so far alhamdulillah air masih ada.. walaupun pagi tadi macam tak cukup nyawa menadah air ..

So tengahari nie mak jemah tak masak.. alasan.. MALAS.. tapi kesian plak kan dekat bebudak nie.. takut lapar plak.. so.. meh kita reka reka makanan..

Pikir .. pikir.. nak try buat apam balik.. First time try buat apam balik.. sebelum nie tak pernah buat pun. Try Google jerk resepi.. dan.. pekakas nak memasak apam balik nie memang tak ada.. so dengan inisiatif .. mak jemah gantikan dengan pemanggang ajaib.. rasanyaa pernah tengok di mana ek.. masak apam balik atas pemanggang ajaib..

So.. taraaaaa..... jadi.. apam balik mak jemah... walaupun kejadiannyaa sangat burok.. tapi bebudak nie kata sedapp.. anak aku.. mana pernah kata tak sedapp.. semuanyaa sedapp.. ..

Inti dalam tu.. adalah almond dan coklat.. nak bubuh jagung.. tak berani sebab anak dara tak leh makan jagung.. alahan.. kalau letak jagung lagi meletop kan.

Khamis, 27 Februari 2014

...... MENDIDIK ANAK DARA ......

Ulalalalalalallalalallalalala..

baru khamiss.. lambat plak rasa minggu nie bergerak.. 
selalu rasa cepat sangat.. nampak nau dok melanggok jerk 
sebab tu rasa masa berlalu lambat.. cer banyak ker.. sure rasa cepat sangat masa tu pergi 
kan...kan..kan.. betul tak..

hari nie tak ada resepi nak di tepek.. 
dah seminggu tak masak..
Gas dekat rumah kehabisan..
bagus jugak pak incik tak pergi beli gas
rehat banyak sangat laa aku.. 

beli jerk makanan.. 
lepas makan buang jerk , tak payah bergadoh gadoh saper nak basuh pinggan
aku sekarang nie memang pemalas.. 
unta padang pasir pun tak malas macam aku

Dah lama tak citer pasal anak dara kan
anak dara nie pun dah makin membesar ..
cepat betul.. tup tup dah nak masuk 4 tahun
rasa macam baru tahun lepas jerk beranak kan dia

budak lain 4 tahun dah hantar taska kan
tapi anak dara nie masih di rumah baby sitter
bukan tak mo hantar dia ker nursery belajar
kebanyakkan taska nak yang dah tak pakai pampers

ada gak yang terima kalau pakai pampers.. tapi mahal la plak
poket aku tak tebal.. dan bukan aku berkira pasal anak
tapi .......... biarlah itu ... tak payah nak citer semua kan
senang cakap.. seluk poket tanya tangan.. 

InsyaAllah tahun depan .. pasti dan mesti hantar
alhamdullilah jugak laa. anak dara nie dah hampir-hampir
lulus tak payah pakai pampers bila tidur.. 
so far tidur siang memang lulus 100%..

aku baru try 3 malam tak pakai dia pampers malam
sangat teruja bila bangun pagi .. seluar dia still kering
Berjaya!!!
tapi semalam kantoi. terkencing la plak.. baru nak bangga
tak per kaysah.. cuba lagi,, 

zaman haziq memang sangat senang nak ajar dia 
2 tahun memang dah free diapers
aiman liat jugak la 3 tahun baru betul betul lulus.. 
hannah kaysah nie plak macam susah sikit

insyaAllah kena didik selagi boleh kan.. harus kuat semangat.. 

 sekarang dah pandai pilih baju sendiri bila nak keluar..

Tentu kan plak style rambut .. macam mana ...

dan yang paling best.. dia lah BFF aku.
kami memang serasi bersama.. bleh gelak-gelak.. bleh gurau-gurau
kekadang dia yang tentukan baju apa aku kena pakai
kalau dia baju kurung .. baju aku pun kena baju yang sama

' sorry la baby.. ummi tak leh nak ikut style baju baby..
 bukan nak pergi mana pun.. nak pergi rumah nenek jerk.. 
nanti ummi kena masak.. panas'



 

Isnin, 24 Februari 2014

....LAKSA/LAKSAM KELANTAN.....

Haiii.. selamat pagi
sihat ker...
aku baru baik demam.. tongsil menyerang

3 hari berkursus di Langkawi..
hari kedua.. suara dah tak keluar..
hari ketiga.. langsung orang tak faham, apa aku cakap
memang panas sangat cuaca dekat langkawi

bangun pepagi.. tetiba badan panas..
pergi klinik.. doktor.. kata batuk selsema tak ada
bukak mulut.. tengok tekak..
tongsil bengkak.. 

kalinie hebat.. menyerang..
tongsil bengkak.. siap berdarah dan hilang suara lagi....
so dapat la mc 2 hari... khamis dan jumaat

dah mc 2 hari plus dengan cuti sabtu ahad.. otak dah blur tak tau nak buat apa dekat rumah
khamis sampai sabtu.. memang melepek jerklaa.. makan pun pak incik tolong tapawkan
ahad baru ada kekuatan bangun nak  memasak..
tengok dekat dapur .. laksa lebihan masak sabtu lepas dekat rumah cik senah ada lagi
so mintak pak incik belikan ikan.. nak try buat laksam kelantan plak..

lepas breakfast.. start laa sinsing lengan..
berbekalkan resepi yang cik senah dok cakap cakap
ingat dalam pala otak jerk..
akhirnyaaa.. menjadi laa kuah laksam

dan try jugak buat laksam ..
senang ghupernyaa .. tapi bersepah laa dapur sikit..
dan... semalam dapat pujian melambung dari pak incik..
dia kata.. untuk orang yang pertama kali buat..
memang terbaik sangat..

ok nanti bleh buat lagi
tapi harap-harap rasa tetap kekal sama
jangan buat kali kedua .. rasa dah K.O

#takadamoodnakberceloteh..

so nie resepinyaa..
aku letak..
resepi nie..bukan sekadar berkongsi dengan semua
tapi untuk rujukan aku jugak..
senang nak masak bukak jerk blog.. nak tulis malas



Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1/2 sk garam


Panaskan pengukus.. leserkan minyak di atas tudung periuk.. tuangkan bancuhan tepung tadi.. masak selama 5 - 10 minit.. sampai lapisan tu mengelembung dan kemudian di gulung...(ada orang gunakan tudung periuk banyak.. so dia akan sejukan baru gulung.. macam aku ada satu tudung periuk.. so panas-panas aku dah gulung.., macam tu pun boleh)


 alhamdullilah.. menjadi laksam nyaa. anak-anak pun suka makan.. 


KUAH LAKSAM
1 kg ikan  - rebus ambik isi dan kisar (aku guna ikan pelaling dan ikan selayang)
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bunga kantan
Kubis
Tauge 



Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
cili kering tumbuk atau blander kering
Belacan 
Garam



alhamdullilah.. berbaloi baloi masak laksam nie.. pak incik makan 4 kali menambah.. malam sambung lagi 2 kali.. anak-anak pun sama.. makan beriya sangat.. hilang sakit mak dorang.. bila tengok anak-anak happy..

Jumaat, 14 Februari 2014

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

salam  uolsss.
salam penghulu hari..

lama nau tak merepek dekat blog nie kan.. berminggu haa..
ala biasa la kan shimazahar memang  begitu ..
minggu lepas.. 4 hari cuti CNY.. pastu aku sambung cuti sendiri 2 hari..
pastu.. naik kerja.. kelam kabut bukak email.. ghupernya kena attend kursus 2 hari
nasib baik dekat jerk.. kalau tidak harus meraung..

lepas kursus masuk kerja.. atas meja dah banyak kerja-kerja yang nak kena siapkan
macam cacing kepanasan ler.. menyiapkan paper yang boss dah bagi dateline.

so .. harinie  nak citer pasal.. masak.. memasak.. membaking..

pompuan nie .. kalau duk rumah memang tak leh dok diam..
ader jerk benda yang dia nak godek..
kain baju tak plak dia rajin nak melipat
opssss..

aku suka memasak.. mengemas.. bleh laa. jugak.. kira rajin laa jugak
tapi kalau bab kain baju memang mak hencik pemalas nauzubillah
unta padang pasir pun tak malas macam mak hencik.
nasib baik pak incik rajin bab kain baju.. hiksss.. lap u pak incik.

so.. hari bila entah.. aku dah tak ingat..
aku tengok dalam peti ais ada cream cheese..
dah lama beli tapi tak guna lagi..
konon nak buat kek cheese meleleh tapi...
bahan untk cream cheese meleleh tu tak ada
nak keluar malas.
so buat apa jerk yang boleh

godek lagi resepi.. jumpa kek nie
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
haa memang kena laa.. kukus mengukus nie..kan rumah mak hencik oven rosak
pak incik tak ganti ganti lagi.. almaklum ler.. pak incik tak dapat bonus tahun nie
so tunda laa dulu nak beli oven..

nak kata senang tak laa jugak..
nak kata rumit tak jugak laa
kira boleh laa... yang pasti dapur memang bersepah



 rentasan kek yang tak cantik.. orang lain buat cantik jerk.. 
 atas kek tu aku tambah coklat ganache.. sangat yummy

nie resepi aku ambik dari blog Secubit garam...
kalau korang nak try.. sila ikut resepi nie..
memang sedappp dan tak menghampakan..




KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


Bahan utk lapisan cheese:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.

Bahan utk kek: 
Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/3 cwn serbuk koko
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk b/powder

Bahan B
1 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn myk masak @ butter dicairkan (shimazahar guna butter. sebab bau butter lagi sedap)
1/2 cwn air panas suam
1/2 sk coffee/mocha emulco
1 biji telur A

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.
Balut penutup periuk dgn kain  utk mengelakkan air wap menitik ke dalam kek.
Tuang 1/2 bahagian kek coklat ke dalam loyang 7" yg dah digriskan dgn mentega dan dialas dgn baking paper.
Kukus selama 15 minit.
Tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus selama 15 minit.
Kemudian tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 20 minit (atau sehingga masak)
Biarkan sejuk dan keluarkan dr loyang.
Tuangkan ganache di atasnya dan biarkan seketika di dalam peti ais.
Sedia utk dihidangkan.
GANACHE SIMPLE
Bahan:
150gm coklat masakan~ dipotong kecil
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak) atau mentega

Cara:

Panaskan susu (kaedah double boiler) &  coklat masakan.
Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.
Masukkan minyak/mentega dan kacau sebati.  Ketepikan.
 
 tapi korang kena betul betul sejukkan kek nie sebelum dipotong tau.. kalau boleh biarkan dalam peti ais dalam 4 atau 5 jam atau lebih baik semalaman.. kalau korang potong  dalam 2 atau 3 jam.. atau kek tu tak betul betul set.. bila potong kek tu lembik.. macam aku nie laa. tak menyabar nak potong.. bila potong .. ambikkk selekeh.. dah macam kek leleh plak kekdahnyaa..


Isnin, 27 Januari 2014

....CERITA SEPANJANG MASA.....

Assalamualaikum........

alhamdullilah... masih bernafas di bumi yang indah ini..
alhamdullilah... masih diberi peluang untuk meneruskan lagi amalan..
alhamdullilah... Ya Allah.. Alhamdullilah..
sesungguhnyaaa.. engkau memberikan aku kenikmatan di dunia..
walaupun hanya sementara dan hanyalah pinjaman semata-mata..
alhamdullilah.. alhamdullilah...

hai semua.. harinie nak berceritaaaa..
terasa nak berceritaa dan terus bercerita..

aktiviti kami sekeluarga mungkin tak hebat seperti aktiviti korang semua
aktiviti kami sekeluarga mungkin bagi korang sangat membosan kan
aktiviti kami sekeluarga mungkin tak semewah macam orang lain

tapi bagi aku.. aktiviti begini setiap hari dan setiap minggu
sangat memberikan seribu makna pada diri aku sebagai seorang UMMI

harinie jiwa sikit sendu..
tak tahu kenapa.. pepagi lagi dah terasa sangat sendu..
harap-harap perasaan ini tak berlanjutan sampai ke petang

ok let's chill with my photo.. (ceh.. speaking lerr plakk kenn)

 Di Pagi hari cuti Thaipusam haritu.. macam biasa.. tak kemana.. anak-anak nak bersarapan.. so buatkan milo.. dan potong kan kek pisang yang aku buat semalam nyaa yang tersangat moist.. huh !! mencikkkk tau.. kek pisang nie kalau elok oven aku tu. sudah pasti cantik kejadiannyaaa.... huhuuhu.. nak kena mintak pak incik ganti nie hikss.. dan pagi tu.. memberikan kelainan, bila bersarapan di balkoni dan mengadap bukit saujana hijau yang memang sangat cantikk...


yeahhh.. itu laa dia taman saujana hijau.. ini pandang dari jendela kamar ku.. cewahh.. 
fresshhhh setiap pagi bila tengok tumbuhan menghijau nie kan.. baik untuk terapi mata jugak
ku lihat hijau...

kek pisang moistttt... nasib baik habis jugak ... bebudak nie tolak batu dengan kayu jerk.. heheh
 bila perut dah kenyang.. mata sudah tentu layu.. tengok style haziq tido.. dia suka sangat dok macam tu. tengah tengok tv.. tau tau berdengkur
masa bersama anak-anak yang sangat best.. abang haziq.. mintak ummi ajarkan cara nak guna mesin basuh.. so dia volunteer nak sidai kain jugak.. alhamdullilah.. dah boleh harap sangat-sangat anak bujang aku tu.. aiman pun tetap kena jugak belajar.. tugas aiman.. kemas katil dan rak kasut.. 

minum petang di balkoni lagi.. berkerusi kan bola kekdahnyaa.. dua orang nie. kekadang baik.. baaaaiikk sangat. tapi bila bergaduh.. masyaAllah.. riuh satu rumah.. aiman kalau dia nak lempang adik dia..memang dia lempang terus.. tak ada acah-acah.. kang meraung minah kecik nie.. 

apa laa yang cik nah mimpikan malam tu.. seawal pagi dalam kul 6.30 pagi dah bangun.. dok bergantung dekat pintu peti ais nak makan aiskrim.. ayoyoyoy. larang laaa ada dia kisah!! janji dia puas hati... lepas makan aiskrim terus memerut.. apa cita!!!! 

nom..nom..nom... sedapp sangat bendalah nie.. cadbury mars.. memang terbaik.. staff dekat opis dengan baik hati bagi aku sebotol.. makan sambil layan #ARIANAROSE.... sebab memang aku teringin sangat nak rasa.. ternyata sedappp .. terasa nak order lagi.. hikss.. sesapa nak order tu ada no.telepon.. try laa. setiap negeri dan daerah ada dealer nyaa..

shiput... nie aktiviti ummi dorang hari sabtu tu.. aiman dah lama request nak karipap.. tapi ummi nya tak buat-buat.. so sabtu tu..lepas hantar bebudak nie sekolah ganti sabtu tu.. terus berkintang kintung dekat dapur.. prepair lunch dan terus ke minum petang.. sekilo tepung dapat laa 70 biji.. frozen kan.. senang nanti anak-anak nak makan gorengkan ajer.

tengah umminya di dapur mengentel karipap tetiba dengar minah nie meraung.. tunjuk jari darah menitik tak berhenti.. dia main dekat basikal aiman.. kena apa pun tak tau.. tapi yang pasti kuku terbelah.. uissshhh sakitnyaa.. menangis tak berhenti.. dengan aku sekali menangiss.. kesian anak ummi..

hari ahad pepagi dah bangun prepair breakfast.. sebab nak ber breakfast di kampung.. hikssss.. kampung lembah jaya.. cik senah dah sentap lagi sekali.. anak bongsu tak balik.. ayoyoyo. cik senah nie.. baru 2 minggu lepas anak bongsu balik hantar keropok tau.tu nak manja-manja dengan kite ler tu.. 
tengah prepair breakfast.. sekali.. tangan terhiris.. potong isi ayam.. terpotong isi sendiri.. haaa apa cita!!.. meraung ler beb..darah keluar macam air paip hannah cakap.. 'haa! kan dah sama dengan jari hannah'... menu yang sempat aku buat pagi tu.. beehoon kicap.. cik senah request .. kuih kaswi dan karipap.. aiskrim pun ada jugak.. tapi mak hincik terlupa dalam peti  ais..


tengah potong isi ayam nie ler mak hincik ternampak jin.. hahaha dah macam citer raja bersiong ler plakk.. 
nie sarapan untuk mak hincik.. kan mak hincik tengah induction.. so itu adalah pattie ayam dan telur dan salad.. pattie tu buat sendiri tak pakai ayam hancur segera tu tau.. #menu atkins.. nom..nom..nom.. lepas makan jadi raja bersiong.. huhuuh

sampai rumah cik senah.. tengok cik senah tengah masak rendang paru campur daging.. kuah kacang pun ada.. dan nasi impit.. tetiba rasa macam balik raya plak.. aikk cik senah nie perli anak bongsu ke.. hehehe.. 
so makan makan breakfast dengan cik senah.. aku ajak pak incik pegi beli ikan.. mana bleh makan benda tu semua.. rosak induction  mak hincik hokay.. pergi beli ikan cencaru suh sik senah buatkan ikan sumbat.. #halal atkins... cik senah redha tolong masakkan ikan sumbat itu.. sebab jari anak bongsu dah injured..
terbaikkk ikan sumbat cik senah.. hilang kempunan anak bongsu nak makan masakan bonda terchinta
 
pic selfie anak beranak harus ada... baru kena dengan trademark.. shimazahar syiok sendiri kan.. 
 itu ayat akak aku.. suka hati ler..sakit plak hati dia ek... bluweeekk!!

amacam.. terliur tak.. nie bukan nak menjual ek.. nie untuk santapan anak cucu cik senah petang hari.. sekilo tepung dapat 67 biji donut.. time menguli semua lari.. tapi time mengoreng.. berderet dok belakang bontot mak hincik nak ... opsss sorry.. tunggu dulu.. kasi goreng semua.. susun leklok buat air.. baru makan ek.. mengamuk cik senah tengok anak bongsu susun donut atas penutup periuk.. hahah.. konon nak kreatif kan.. 
67 biji donut sekali hadap.. dengan cucu cik senah.. 11 orang.. orang lain sempat makan  sebiji jerk.. kot laa kalau semua cucu ada petang tu memang tak cukup ler sekilo tepung.. kena 2 kilo kot.. 
macam nie nak g beli dekat kedai.. celah gigi jerk ler....