Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 12 Disember 2013

.. BAHAYA GULA...

 hai korang.. ermm harinie aku nak share dengan korang tentang 
GULA..
sape tak suka benda manis yer tak.. 
aku laa salah sorang nyaa.. .menjejes jerk air liur kalau nampak benda manis
nak lagi kalau ada benda yang sira sira gula nie.. laju jerk tangan nie nak mengapai

sebab tu aku suka membaking... 
kalau buat kek.. uissshhhhh... terasa heaven sangat
bila dapat makan aiskrim.. rasa sejuk jerk lalu dekat anak tekak nie.. 

masa aku pregnantkan hannah kaysah.. aku suspek diabetis tau
setiap hari kena buat BSP.. seksa.. tetiap masa kena ambik darah
time tu.. aku kena gak ler jumpa pakar pemakanan.. 
ghupernyaa baru laa aku tau time tu.. 
makanan yang berkanji pun mempunyai gula yang tinggi
macam kentang .. nasi.. bee hoon..  banyak lagi laa.

bila dah tau time tu terus takut nak makan kentang.. 
sedangkan sebelum nie kalau pergi Mcd atau KFC..
Kentang goreng tu laa favorite aku.. 
tapi time pregnant tu jerk laa yang aku takut nak ambik
lepas bersalin.. aku tibai jugak..

sampai laa aku buat diet atkins yang melarang keras pengambilan nya..
 
amacam .. heaven tak.. huhuhhuhuh.. kejadian berlaku hari sabtu ..sebab mak mertua ada dekat rumah.. tu yang merajinkan diri.. dan dapat pujian hebat dari mak mertua kita.. ngehhhh..
 
kembali kepada tajuk asal.. moh baca tentang bahayanyaa GULA yerk.. 
aku la orang pertama yang kena berhati-hati sebab Arwah Abah aku adalah 
pesakit Diabetis yang kronik.. sehingga menyebabkan buah pinggang abah rosak..

artikel nie aku ambik dari FB Kelab Diet Atkins Malaysia
tak salahkan kita ambik dan kongsi bersama.. 
__________________________________________________________________________________

BAHAYA GULA YANG KITA TAK TAHU.

Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.
Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4.. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23.. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24.. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38.. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52.. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56.. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59.. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64.. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67.. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

Glukosa
Fruktosa
Laktosa
Maltosa
Sukrosa
Sirap Glukosa
Sirap maple
Molases
Sirap hitam
Sirap kencana
Dektrosa
Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7.. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

COPY & PASTE DI BLOG MERSING.MY

3 ulasan:

Cho Zila berkata...

sedap tapi merbahaya... hati2 penggunaannyer..

Marina Monroe @Nanie berkata...

Assalam Shima,

Lawatan balas dari auntie, menarik bahan2 blog syima, auntie follow

Bitt (double IS) berkata...

betul tu bahaya gula berlebihan ni..