Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

.. KAWAN...FRIEND... GENG...



>KAWAN<....

Bukan "1"
tapi berjuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......





Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. 

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan 
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan 
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



bagi aku kawan adalah sangat penting... kalau ko tak ada kawan itu makna nyaa ko adalah seseorang yang sangat PELIK..... mak aku selalu pesan dengan aku.... kalau berkawan tu biar berpada pada.. jangan terlalu rapat.. dan jangan terlalu renggang... buat macam biasa.. sebab mak aku kata.. bila terlalu rapat.. nanti akan jadi sesuatu... dan bila kita asyik nak jauhkan diri dari kawan kawan.. nanti orang kata kita nie sombong

masa mak aku cakap macam tu.. aku tak berapa nak ambik kisah sangat.. sebab aku rasa .. macam tak masuk akal.. tapi bila benda tu jadi kat aku sendiri baru aku faham maksud mak aku tu.. dan kata kata mak aku tu adalah BETUL..

biasalaa ... bila dah berkawan .. mesti ada benda suka dan duka betul ker idok.. bohong laa kalau aku kata aku tak pernah TERASA  dengan member member aku ... dan bohong jugak laa kalau aku kata yang aku tak pernah sakitkan hati kawan kawan aku.. bila dah berkawan tu mesti ada jadi benda benda macam tu.. 

kekadang tak di  nafikan .. bila dah berkawan nak menjaga hati kawan kawan tu.. kadang kala kita nie leka. seronok sangat.. kekadang kita tak sedar yang kita sendiri dah menguris perasaan kawan kita sendiri.. 

dan dalam berkawan kekadang kita jugak kena redha... simple jerk bagi aku..KALAU KO DAH JENIS LAZER DENGAN ORANG.. SILA LAA REDHA BILA ORANG LAZER BALIK DEKAT KO... tapi ko kena tengok gak laa.. kalau orang yang lazer dengan ko tu agak sopan.. jangan laa plak ko lazer tu dengan kurang sopan... NANTI KO DI COP KURANG AJAR laaa plak... what u give ..u can get back..... cehhhhhh speaking... kikikikiki.... 

maaf .. memaafkan adalah perkara yang paling afdhal bila kita melakukan kesalahan... walaupun susah.. tapi sangat sweet... ..

KORANG ... AKU MINTAK MAAF YERK KALAU AKU ADA BUAT KORANG TERASA.. DAN AKU MAAFKAN KORANG.. SEBAB KORANG SELALU 'BAHAN' KAN AKU.. ..hahahahhahahaha.... korang tengok laa bila tepon aku dah ada esok..!!!.. hahahah tetiba...








..apa maksud KAWAN bagi korang!!!!!!!





Isnin, 29 Oktober 2012

... MUNCUNG SI DARA....


morning korang!!!!...

ehhhh silapppp,... 

Assalamualaikum Korang !!!!!!!!!!!!

apa macam korang harinie.....
still cuti atau dah  terconggok atas kerusi empuk opiss macam aku nie.... 
heaven korang kan .. cuti lelama... 
aku tak cuti langsung tau.. huhuhuhuhuu..... 
petang raya pun korje lagi ...
sib baik cik senah tak meroyan.. anak bongsu tak tolong masak dekat dapur...
kikikikikiki

sib baik mak aku memahami.. (walaupun kekadang sentap..)... 
aku petang raya bekerja... pak incik lagi best.. malam raya kerja .. balik pagi raya....
yang aku dengan bebudak dok rumah... bila dengar orang takbir raya.. melalak sensorang...
sib baik malam tu hujan lebat siap dengan petir kilat bagai... jadi aku meraung dalam bilik pun.. budak-budak tak dengar.. kalau tak hilang laa tittle 'MAK SINGA'... ngehhhhh...

walaupun tinggal beberapa kerat jerk.. mak aku tetap masak.. macam macam... ehhh bukan mak aku masak.. tapi akak ipar aku yang masak.. memacam ada... memang mantopsss... aku cuma sponsor sebijik kek. itu pun atas permintaan cik senah... kalau tak buat pun tak apa sebab akak ipar aku buat macam macam kuih... kek la rempeyek laa.. pendek kata semua ada... 

pagi raya tak ada gambar sangat... coz note aku masuk spital... nak angkut kamera besar.. tak berapa nak heaven.. sebab adik badik tak ramai raya haji  nie.. semua balik kampung.. yang ada pun dua tiga kerat jerk..... yang mak aku plak... aku sesampai umah jerk.. pintu berkunci,... alasan tinggal sensorang... 

so korang!! disebabkan raya haji nan ado pic... so korang layan laa pic mana yang hado... dan sudah semestinyaa laa pic anak dara iolss yang gediks tu laa uolsss... hak..hak..hak.. 
ada yang boring ker?....
ada yang meluat ker?..
sorry laa ek... ..
meluat kalu.. kasi tekan X merah atas tu ek...
peace yo!!!!








haipsssss.. jangan nak kutuk kutuk yer!!!!




Jumaat, 19 Oktober 2012

..... PUNCA MATA BERKENYIT....



Salam jumaat uollsss....

korang.!!!.. pernah tak korang rasa mata korang berkenyit.. 
kan orang tetua dedulu pernah cakap kan.. 
kalau berkenyit sebelah kanan atas.. 
nak jumpa orang JAUH.. atau orang yang dah lama kita tak jumpa

kalau berkenyit sebelah kiri bawah....
haaaaa itu tandanyaaaaaaaa... 
sila beli tisu bebanyak.....
nak NANGISS laaa tu!!!!.....

aku sangat sensitif kalau bab mata berkenyit nie
aku mulaa laa.. berhati hati dengan setiap aktiviti aku
hahahahhaha.. macam laa tau jerk apa yang akan jadi kan..
kalau bab berkenyit belah kiri.. 
lagiii laaa aku lebihhhh berhati hati... 
takutttt apa laa benda akan menimpa...

ok berbalik dengan kes aku nie.. 
kes nya dah seminggu lebih 
mata sebelah kanan aku berkenyit...
tetiba pagi jumaat tu..
aku dapat whatassp ....
jeng..jeng..jeng...............
Tie dari Temerloh nak turun putrajaya...
dan nak jumpaaa

hahahahhahaa.. hati sangat happy.. sebab 
lama sangat tak jumpa tie and kiddos..
so pertemuan kitaorang tak jauh pun dari opis aku
area anjung jerk....hehehehe..






first time jumpa honey... 
honey sangat comeiii... dan kiutt..
terima kasih bebanyak dekat Tie... sebab sudi jumpa kitaorang ..
walaupun sekejap... mmuuuaaahhh..::))



Rabu, 17 Oktober 2012

...ANAK-ANAK....



morninggggg korang...!!!....

huwaaaaaaaa....ngantukkkkkk !!!  ggggggrrrrrrgggggrrrrrrrr...... sejukkkkkkkkkk...... !!!!!
nie kalau cuti nie.. mau tarik selimut balik nie..heavennn kan..pastu bangun lewattt sikit... arrghhhhhhh lambatnyaaa nak hari sabtu.. huhuhuhuhuh....

so.... lupakan selimut dan bantal busuk seketika.. sebab .. dekat kerusi empuk aku nie pun ada 3 bantal yang bleh aku pelukkkk pleukkk.. kikikikikiki.... 

yuk!!! kita meraban.....lama aku tak citer hal budak budak nie kan.. errmmmm.. haiiii.. macam macam peel dah budak budak nie.. baik yang besarrr.. yang sedanggg.. nak lagi yang kecik kenot tu .. perghhhhhh kekadang buat aku nie hilanggg sabar gakk laaa... 

korang jangan ingat si kenot tu aku tak pernah marah.. haaaa.. selalu penyebab nyaa dia laaa.. memang tak padan dengan cikenot.....

cikenot nie.. dia paling suka dan rapat dengan si haziq... kekadang kalau nak mandi pun dia nak suruh haziq yang mandikan .. kalau dengan haziq tu.. buat apa pun ok.. kalau haziq usik barang dia... dia ok jerk.. siap bleh peluk peluk kalau tengah bermain.. 


tapi beza dengan aiman.. kalau dengan aiman... sebelah mata tak leh jumpa... asyikkk laa  bergaduh... aku kalau gaduh 'lite lite' aku tak kisah sesangat.. nie gaduh dah sampai bercakar...menampar.. yang palingg tak bleh tahan... mengigit.. aiman laa mangsa paling utama cikenot nie.. 

kalau dia tengah berebut mainan.. aiman tak bagi.. dengan sekelip mata dia akan mengigit aiman... pernah sekali tu.. aiman usik basikal dia.. dia punyaaa marah.. sampai terjerit jerit..  bila aiman dah tak usik.. aiman tengah layan TV sambil berdiri.... tetibaa aku dengar aiman menjerit.. menangis... sampai terlompat lompat.. pelikkk !!!... mula laa suara aku tinggi.. .. bila aku pergi tengok rupanyaaa.......... korang percaya tak sikenot nie tengah mengigit perut aiman...  tak lepas ok... sekuat-kuat hati dia gigit si aiman.. sampai kan aku kena picit hidung dia.. baru dia lepas.. bila aku tengok perut aiman.. haa ko melecet!!!! kalau dia nangis jerk.. bila aku tanya saper buat.. mesti dia cakap.. 'man uwat na'.... .









ada satu citer nie tau.. dalam bulan lepas.. masa tu hari sabtu.. aku lepas subuh.. aku tido balik.. pakincik dah pergi kerja.. ... tengah aku lena tido.. tetiba haziq menjerit.. 'YA ALLAH....ummiiiii hannah main susu... '.. aku ingat kan dia main susu dia... kalau susu dia aku ada sikit redha laa... tapi... bila haziq tunjuk susu pekat manis yang aku baru guna sesudu tu.. licin.. melompat laaa aku turun dari katil... bila aku kuar tengok tengok.. habis satu rumah aku mandi susu pekat... .. tengok tang lantai..dari dapur sampai ke hall.. dan yang palinggggg buat aku  meraunggg bila aku nengok habisss sofa aku di lesetnya susu pekat tu... bila aku jerit.... 'HANNAH KAYSAH.. BUAT APA NIE'......... ko tau di jawab apa.... 'MA.. MAN UWAT'.. entah bila masa si aiman buat entah... si aiman elok tengah terbongkang dalam bilik.. dah laaa satu hari aku kena mop lantai.. ......  

tapi aku kalau nak marah dengan dia tak leh lama.. sebab cikenot nie pandai memujukk...nak lagi kalau dia buat muka macam nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.


bleh.... ko nak marah.. kalau dia start buat muka macam nie.. 
cair hati mak ko nakkk oiii!!!





Selasa, 16 Oktober 2012

....RESEPI DAGING MAT KASSIM ....

haluuuuuuuuu korang!!!!!!!!!!

koranggg ingat tak aku ada hutang satu entry dengan korang pasal resepi DAGING MAT KASSIM ....
ok harinie aku tunaikan hutang aku nie.. disebabkan mood aku ada ok.. dan enjin dah panas.. ...so jom kita meraban...

wokeeeeii ini resepinyaa. try tau.. sebab senang sangat.. dan rasanyaa sangat sedappp.
kalau korang nak tukarkan daging ke ayam pun boleh... 



bahan utama.. kena ada.. jintan manis, jintan putih , lada hitam korang kisar kering sampai halus dan 
 kulit kayu manis untuk menumis


pastu... cili kering , bawang merah, bawang putih .. sikit halia, korang kisar sampai halus.. daun kari dengan daun pandan untuk naik bau


dan bahan yang utama lagi.. daging.. atau kalau korang nak tukar ke ayam pun boleh


ok.. first korang tumis.. 
1. kulit kayu manis, daun pandan dengan daun kari.. kemudian..
2. pastu korang tumis bahan kisar tu semua.. tumis sampai cili garing dan naik bau
3. dah garing cili baru masukkan daging.. 
4. masukkan air.. masakkan sehingga daging  empuk 
5. daging dah empuk.. masukkan garam, gula sikit, ajinomoto sikit dengan asam jawa sikit.. 
6. masak sampai kuah pekat.. kalau terkurang korang kasi adjust rasa ..

dannnn....

tadaaaaaa!!!!.. dah siappp.. begini laa ghupernyaa kalau masakan nie dah menjadi..

makan dengan nasi sangat marvelous.. kalau makan dengan roti sangat heaven.. dan kalau makan begitu sahaja.. sangatttttt MELETOPSSSS!!!!!!

dan awass.. selepas makan .. pastikan mulut korang tak jadi macam nie....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.

awassss yer makcik makcik!!!!


Isnin, 15 Oktober 2012

.... COME BACK !!!!!!.........


Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!..........

korangggg!!!!!.... ingat kita lagi tak........
Koranggg!!!!..... tak rindu kita ker....
Korangggg!!!!.... jangan laaa macam tu...!!...

hikhikhikhikhik............

tetibaa blurrrr... maluewwww... sebab dah lama x updateee... semua sure dah tak ingat link blog kita nie...
semua sure dah tak masuk blog meraban kita nie.....

kita sekarang nieee malas laaaa..... kita sekarang nieee dah terlampau taksub dengan instagramm laa uollss..
ehhh... saper ada instagram... follow laa kita.. ..shimazahar... haa kat situ.. 24 jam kita upload gambor.. 24 jam asyik muka kita jerk yang ada.. tak kita anak kita.. tak anak kitaa.. .kita... 

huh!!!!..... ayat gila gediksss...heheheheh....

pendek citer sekarang nie aku  tak berapa nak  meraban sangat dekat blog nie.. sebab tu agak slow nak mengupdate.. tunggu laa aku rajin sikit.. now aku baru nak kasi panas enjin.. .. nanti nanti dah panas sampai berasap ekzos aku kasi up macam macam citer dan gambar ek.. 

so sebelum.. aku tutup ... saksikan laaaahhhhhh pic 'pincess' aku yang gonjeng nie.. 




Published with Blogger-droid v2.0.8