Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 29 Mac 2012

::...HINDARKAN HUBUNGAN SEKS KETIKA HAID....::


TAKIRAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT.. UNTUK RENUNGAN DAN IKTIBAR UNTUK SEMUA TERMASUK AKU.. ....



Akibat Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….


salah satu part yang buat muka mak berubah jadi ........... 
 auuwwwww mak malueewww......
(feelling gediks terlebih)


Rabu, 28 Mac 2012

::.....WW.....::


.... Kenapa cik nah jadi macam tu.. Adakah dia nak muntah atau dia hanya batuk... Atau pun ini hanyalah lakonan semata-mata.......

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 27 Mac 2012

:.....SILA IKUT SELERA ANAK TEKAK SENDIRI....:


Sebelum citer kita tayang dulu gambar budak gediks dengan budak kuat merajuk nie dulu. Serupa ker... Muka memang tak sama tapi perangai ada laa sikit lebih kurang... Tapi abang adalah lebih over dari si adik..... Asyik nak kena ikut cakap dia jerk...... Tak kena sikit mengamuk..sikit sikit merajuk..... Rimassss.... 

Nie gambar petang semalam... Tunggu budak domok dekat sekolah agama... Lambat nau kuarnyaaa... Mak dia dah kelaparan tahap cipan.. Plan asal nak pergi mamak sebab dah lama tak perkena mee goreng mamak yang gojes lagi vouge... Eeuuwwwww meleleh air liur.... Huhuhuhuhuhu.....

Tapi apakan daya... Pak incik tak mo layan tekak si isteti buntal dia nie.. Dia nak ikut tekak dia makan masakaan panas dekat food court P9... Ok isteri buntal follow jerk...

Sekali bila makanan dah sampai ambik ko... Hentah haper rasanya entah... Sup sayur dah serupa sayur yg dicurahkan air panas kekdahnyaa.... Yong tau foo tawar leser..... Aiiiihhhhh hampesss hokay... Makan sekadar kenyangkan perut dan tak mo pembaziran...

Pastu makan dengan budak  yang banyak peel tu..... Maka si buntal makan hanya mengunyah 3 kali terus telan... Tu yang makin buntal... Makanan tak hadammm. .. Makan lapor balik.. Makan lagi.. Lapor lagiiiiii..

Jadi len kali kena ikut  anak tekak sendiri... Anak tekak orang lain kita nyah kan dulu.. Ngeeeehhh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 26 Mac 2012

:....MUNCUNG SEKSI ANAK DARA....:

Ambik ko, satu hari sampai 2 entry.. Dari dah lama tak berupdate tetiba rajin laaa plak kan... Korang agak mak buang tebiat ker? Hahahahaah.. Ala bagi la mak happy seketika. .

Wokei.. Dah jangan nak heran aku rajin update harinie.. Nie aku nak bagi korang release tension petang petang nie... Aku tau sure mata korang layu punya lepas makan tadi.. Mau taknya. .. Melantak nasi dengan lauk ayam masak merah, sambal belacan tu yang kuyu mata tu...

So. .. Bukak mata korang luas luas, kalau tak nanti korang akan nyesal... Ok bersiap semua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


amacam.. seksiiisss tak .. kikikikiki.. dah pergi buat kerja... 




Published with Blogger-droid v2.0.4

:..MENGILA...:

Haaa ambik ko.. Lama tak update tetiba gila... Kikikikikiki.... 

Aku nie bukan gila yang kena masuk spital gila tu... Tak... Tak sampai macam tu....

Aku sekarang nie gila citer KOREA...

Tengok citer sampai feeling feeling dengan hero citer tu... Kikikkkiki sib baik pakincik tak perasan kalau tak MATI MAK NAK!!!!!!


                  awwwwwwwww mak jatuh cintaaaa sama budak ini... manissssssssssssssssssssssssss....

(nama mamat nie.. Kim hyun Joong... gigih mak google.. nak tau sangat nama anak ikan nie.. kikikiki)



Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 1 Mac 2012

::.. KO INGAT AKU NAK SANGAT TINGGAL KAN ANAK AKU.....::

tetiba tajuk ANAK... tak pelik kan.. kalau kita citer pasal anak..
saper yang tak sayang anak ...
sejahat mana.. senakal mana pun.. dia tetap anak kita ..
dah kalau namanyaa anak.. dah tentu akan menjadi tanggungjawab Ibu Bapa ..

nie aku nak tanya ..
kepada ibu-ibu yang keluar bekerja mencari nafkah...
adakah anda-anda semua sibuk keluar mencari duit..
maka anda tak ambik kisah tentang anak-anak anda yang anda tinggalkan di nursery....

ada ker ibu bapa yang sanggup hantar anak-anak yang masih kecik di jaga oleh orang lain..
ada ker ibu bapa yang sanggup tengok anak kena marah dengan orang lain
ada ker ibu bapa yang sanggup tengok anak-anak di buli dengan orang lain..
ada ker ibu bapa yang sanggup dan ambik tak kisah bila ambik anak dari taska ada kesan lebam sana sini..
cer cakap.. ada ker?....
kalau ada yang sanggup tu.. aku tak  tau laa nak cakap manusia jenis apakah dia ...

ni kes video budak-budak yang kena bedung dekat taska .. aku share video tu dekat FB... sekali tu. ada laa hamba Allah nie comment .. mau tak berdegung kepala ko baca. aku sentap dengan statement nie.. aku tak tau laa bagi ibu-ibu yang lain sama ada korang terasa atau tidak bila korang terdengar atau terbaca ..

"ibu2 sibuk cari duit, tak kisah kan anak2."

kitaorang yang bekerja nie bukan tak mo jaga anak sendiri .. kalau boleh memang nak duduk rumah tengok anak-anak membesar.. tapi apa kan daya.. dah tuntutan hidup yang memaksa..saper yang tak sayang anak-anak.. sakit beranak 7-6 tahun dulu pun masih terasa lagi...  zaman sekarang nie bukan masa zaman kita kecik-kecik dulu.. RM 10 dulu.. ibarat RM50 sekarang... sekarang nie.. nak masuk jamban pun kena bayar..  kalau dulu gula-gula 10 sen dapat 3 biji.. sekarang ko dapat .. jangan harapppp.. sebiji 10 sen .. kalau anak sorang ok laaa ambik sampai 10 biji.. habis kalau anak dah 5.. budak-budak nie.. mana nak kongsi-kongsi... 

JANGAN INGAT IBU IBU YANG SIBUK MENCARI DUIT TAK KISAH DENGAN ANAK-ANAK YANG MEREKA TINGGALKAN DI NURSERY.. SEBELUM MEMBERIKAN PENDAPAT ATAU PANDANGAN.. SILA FIKIR TENTANG PERASAAN IBU-IBU YANG BEKERJAYA..




aku nie kalau bangun jerk pagi .. otak dok pikir.. nak kerja ke atau nak ambik cuti.. lagi-lagi kalau ko bangun pagi ko tengok muka anak ko dengan taik mata penuh.. dengan bau masam-masam.. dok tersenggih depan ko.. mau tak cair hati.. ...