Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

.. KAWAN...FRIEND... GENG...



>KAWAN<....

Bukan "1"
tapi berjuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......





Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan. 

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan 
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan 
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.



bagi aku kawan adalah sangat penting... kalau ko tak ada kawan itu makna nyaa ko adalah seseorang yang sangat PELIK..... mak aku selalu pesan dengan aku.... kalau berkawan tu biar berpada pada.. jangan terlalu rapat.. dan jangan terlalu renggang... buat macam biasa.. sebab mak aku kata.. bila terlalu rapat.. nanti akan jadi sesuatu... dan bila kita asyik nak jauhkan diri dari kawan kawan.. nanti orang kata kita nie sombong

masa mak aku cakap macam tu.. aku tak berapa nak ambik kisah sangat.. sebab aku rasa .. macam tak masuk akal.. tapi bila benda tu jadi kat aku sendiri baru aku faham maksud mak aku tu.. dan kata kata mak aku tu adalah BETUL..

biasalaa ... bila dah berkawan .. mesti ada benda suka dan duka betul ker idok.. bohong laa kalau aku kata aku tak pernah TERASA  dengan member member aku ... dan bohong jugak laa kalau aku kata yang aku tak pernah sakitkan hati kawan kawan aku.. bila dah berkawan tu mesti ada jadi benda benda macam tu.. 

kekadang tak di  nafikan .. bila dah berkawan nak menjaga hati kawan kawan tu.. kadang kala kita nie leka. seronok sangat.. kekadang kita tak sedar yang kita sendiri dah menguris perasaan kawan kita sendiri.. 

dan dalam berkawan kekadang kita jugak kena redha... simple jerk bagi aku..KALAU KO DAH JENIS LAZER DENGAN ORANG.. SILA LAA REDHA BILA ORANG LAZER BALIK DEKAT KO... tapi ko kena tengok gak laa.. kalau orang yang lazer dengan ko tu agak sopan.. jangan laa plak ko lazer tu dengan kurang sopan... NANTI KO DI COP KURANG AJAR laaa plak... what u give ..u can get back..... cehhhhhh speaking... kikikikiki.... 

maaf .. memaafkan adalah perkara yang paling afdhal bila kita melakukan kesalahan... walaupun susah.. tapi sangat sweet... ..

KORANG ... AKU MINTAK MAAF YERK KALAU AKU ADA BUAT KORANG TERASA.. DAN AKU MAAFKAN KORANG.. SEBAB KORANG SELALU 'BAHAN' KAN AKU.. ..hahahahhahahaha.... korang tengok laa bila tepon aku dah ada esok..!!!.. hahahah tetiba...








..apa maksud KAWAN bagi korang!!!!!!!





Tiada ulasan: