Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 5 April 2012

::.. BULI TAK HABIS-HABIS....::


assalamualaikum... selamat pagi....


baca tajuk tu .....


haaa macam biasala kes saper lagi kan.. kalau bukan kes si haziq... ayorrrkkk rimas laaaa tiap-tiap tahun asyik kena buli jerk... gerammm betul aku tau.. sakit jerk jiwa.. memang laaa dari segi fizikal si hazq tu besar.. kalau orang tengok.. mesti ingat haziq tu kuat.. tapi sedia maklum laaa.. aku tak ajar anak aku melawan.. dan bergaduh dengan orang.. aku selalu pesan dekat haziq.. kalau orang buat.. jangan lawan.. apa-apa bagi tau dekat cikgu jerk.. ternyata haziq memang tak melawan.. kalau dekat rumah pun.. kalau bertekak dengan si aiman.. dia memang tak akan melawan.. walaupun aiman tampar dia.. dia cuma cakap.. dan habis-habis pun dia gunakan kuasa aku bagitau yang adik dia buat dia.. tapi kekadang tu.. kalau dah geram sangat ada gak laa dia cubit si aiman tu... 

petang semalam.. balik dari sekolah agama tetiba dia cakap nak suruh aku tukarkan dia sekolah kebangsaan... aihh pelik gak aku dengar nie.. apa hal plak tetiba mintak tukar sekolah.... tanya punya tanya.. baru dia citer .. dia kata budak yang buli dia dulu buat hal lagi..kali nie style buli budak nie lain sikit.. kalau dulu.. dia ejek-ejek haziq... atau dia ambik bekal makanan haziq.. pernah jugak dia ambik duit haziq.. dan yang buat aku pergi jumpa dia haritu sebab dia buang beg sekolah dan botol air haziq.. time tu aku dalam pantang bersalinkan hannah kaysah.. tapi kali nie style buli dia , dia ramas tetek haziq.. dan pegang kemaluan haziq...so kali nie buli dinamakan gangguan seksual.... 

yang aku tak faham tu.. apa yang dia geram kan sangat dengan si haziq nie pun aku tak tau laa.. oo mungkin laa dia geram tengok tetek haziq besar kot.. tapi badan dia dengan badan haziq lebih kurang jerk.. aku tanya haziq tak bagi tau kat cikgu kelas ker.. haziq kata dah bagitau tapi dia buat tak tau jerk.. warrrghh keras sungguh hati budak nie.. ker dia rindu dekat aku.. haritu aku dah warning dah dia.. ingatkan tak buat dah rupanya buat lagi... 

so semalam aku dah call cikgu kelas haziq.. aku citer laa kes haziq nie.. cikgu kata.. budak nie hyperaktif.. dan cikgu akan panggil budak nie pergi kaunseling. dan kemudian akan panggil mak bapak budak nie..ayorkkk rasa lambat laa plak.. hati aku aku dah mendidih.. menyirapp dah darah aku nie..

aiman dengan haziq perangai adalah sangat berbeza.. haziq nie jenis cool tapi jenis simpan dalam.. yang aiman plak jenis ko nampak dia brutal gilaa tak padan dengan muka jambu.. tapi jiwa kuat sentap.. tak bleh kena dia sikit.. meraung , melalak memang bagi kat dia... semalam masa haziq citer benda nie.. dengan gengster dia tanya haziq.. "apa masalah lagi nie".... 
"apa susah.. tak payah laa kawan dengan dia.. kalau dia buat lagi.. penampar jerk laa itu pun nak kena ajar ker".... yang haziq dengar adik dia cakap macam tu terkebil kebil dia.. 

meh tepek satu pic haziq.. lama tak tepek muka dia.. kes.. dia dah sound aku.. jangan letak gambar dia kat blog atau fb.. dia kata dia maluew.. tapi mana bleh kan.. citer tanpa gambar adalah satu perkara yang sangat membosankan... 



3 ulasan:

~~AzaLea~~ berkata...

hehehehe... klakarlah anak akak... si haziq tu pandai plak malu yer bile di tepek gambar dia...

Ruziawati Yusof berkata...

sian haziq kna buli. Aiman jenis t tu ma. Hehe. Garang orgnyer.

Ruziawati Yusof berkata...

sian haziq kna buli. Aiman jenis t tu ma. Hehe. Garang orgnyer.