Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 8 Februari 2012

:: AIR MATA PEREMPUAN..::





Menangis laa kalau itu dapat membuatkan hati lega
Menangis laaa kalau itu dapat membuatkan semua
 masalah akan selesai
menangiss la... dan teruss kan menangiss.. 
kalau dengan menangis itu dapat membuatkan 
hati berasa TENANG..


Air mata merupakan tindakbalas semulajadi manusia apabila sesuatu terjadi kepada diri. Air mata ini jika diamati mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan perasaan seseorang. Siapa yang selalu menangis? perempuan kot..satu lagi kanak-kanak. Kebiasanya bila sebut sahaja air mata pasti kita maksudkan ia dengan kesedihan. Namun begitu, ada lagi pengertian lain yang boleh dimaksudkan dengan air mata ini.
Menangis kerana sedih 
Ini biasa kita lihat, ramai orang akan menunjukkan rasa sedih dengan mengeluarkan air mata. Rasanya tak perlulah hurai 
Menangis kerana rasa hina dan lemah
Pada kebiasanya, apabila seseorang lemah akan meratapi kelemahan yang ada dan tidak upaya dengan menangis. Mungkin dengan menangis ada insan yang sanggup menolongnya.
Menangis kerana cinta
Bab ni susah nak terangkan, mungkin boleh tanya mereka yang sedang bercinta. Ataupun jika kita seorang yang beriman, dengan penuh keimanan secara semulajadi kita akan menitiskan air mata.
Menangis sebab takut
Kadang-kadang jika kita rasa terlalu takut air mata pun boleh keluar, ini mungkin disebabkan perasan kita tidak dapat menahan kebimbangan keselamatan kita. Sebagai contoh jika kereta rosak di atas bukit diwaktu malam..uuuupppsss gelap…
Menangis kerana gembira
Ini dah biasa, selalu kalau kita dapat keputusan yang cemerlang atau diterima lamaran pasti ada yang melompat dan menangis, peluk tiang dan sebagainya..
Menangis sebab ikut rakan
Ada juga penyakit ini, penyakit ini berjangkit dari rakan sebelah dia. Mungkin mereka yang mudah berjangkit ini jenis yang mudah menusuk kalbunya. Ala..biasalah..nak tunjukkan keperihatinan. Kadang-kadang memang jenis manusia yang senang dipengaruhi oleh kawasan sekitar.


Rujukan : http://www.xpresi.org/pengertian-air-mata/#ixzz1lkhYurKc






4 ulasan:

misya berkata...

lepas menangis hati rasa lega

WuMing berkata...

Memang kita akan menangis bila mengalami perasaan itu...

Tapi ada orang yang memang langsung tak menangis... sedih macam mana pun nampak cool saja... Tak paham laa apa yang mereka fikir kan...

Serunai berkata...

Tangisan lebih bermakna untukNYA.. setitis air mata yg mengalir keranaNYA mampu mghapus dosa sebesar lautan...

~~AzaLea~~ berkata...

sy suka menangis di belakang org... tak nak org kata meraih simpati... kecuali kalau perasaan sedih, terharu atau geram tu dh sampai tahap dewa yg tak blh nk di control lg...