Nuffnang

Nuffnang

Ahad, 24 April 2011

:... ROTI BOYAN @ ROTI BAWEAN...PELIK..TAPI RASANYAA SANGAT MARVELOUSS....::


acu teka..
benda alah apa nie..
Karipap kah.. roti kah... apa kah??!!!

nie dinner hari jemaat..
dah tak tau nak masak apa..
memulaa apak bebudak nie suruh goreng nasi..
tapi
emak bebudak nie.. terlebih rajin..
lain yang di suruh.. lain yang dibuat..

aku dah lama nak test try resepi nie..
memula nengok.. nampak cam pelik.. tapi tekak teringin nak merasa..
dari sehari ke sehari..
dari minggu ke minggu......
dari bulan ke bulan...
akhirnyaaa
menjadddii gak resepi nie
dah puas aku godek.. aku uli.. aku tenyeh..
sekali rasa...

perghhhhhh sangat setttttaaaaaapppppp
tarak tipu..
unta padang pasir pun kalau rasa.. dia tak tipu punyaa.
memang terbaaaaikk laaaa

resepi nie aku cilok dari blog kak mamawandiha
aku memang suka cuba resepi-resepi yang baru dari blog akak nie

kalau korang tak caya korang cuba ler..
nie aku copy paste resepi dari blog akak tu
tapi aku ada menderhaka sikit ler..
aku ada tambah marjerin pada kulit pastri tu..

roti nie kalau nak sedap katanyaaa
makan sambil di cicah dgn sambal tumis..
tapi aku dah kemalasan.. jadi nan ado sambal tumis
kebetulan plak dalam peti ais ada sambal sardin..
jadi cicah itu sajo..

MAKAN BEGITU SAJE PUN LAGI SODAAAPPP.


Roti Bawean @ Roti Boyan


Bahan2 Kulit/Pastri

500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp  air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½  tspn gula
¼ tspn garam
50 grm marjerin ( nie aku tambah )

Bahan2 Inti
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (belah 4 supaya cepat empuk)
4 biji telur ~ direbus  buang kulit  
1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih  hiris halus
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa


Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti


Cara2 menyediakan
1. Telur rebus dan  kentang yang telah direbus dibuang kulit - dilecek hingga halus/separa halus.  Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder dan letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam  gula dan marjerin.. gaul rata.  Campurkan air suam dan minyak masak dalam satu bekas.  Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong dan ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji.  Bulat2kan doh menjadi bebola kemudian rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap.  (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!).  Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper dan letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut. Inti dibahagikan kepada 4 bahagian dan  masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi  ratakan .  Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi dan  tangkupkan di atas inti tadi.  Kemaskan bahagian tepinya atau kelim tepinya seperti mengelim karipap.  Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. kemudian boleh laa di goreng..







4 ulasan:

fairus berkata...

erm.. cambest je.. :)

Shima Md. Zahar berkata...

fairus..

bukan takat cambest.. tapi sememangnyaaaa best..kikikiki... cuber... soh owang umah buat kan.. kalau tak dek owang umah.. suruh owang-owang buatkan... tak pun.. buat sendiri yer.. hikhikhikhik

InaAchik berkata...

salam perkenalan disambut dengan ikhlas dan girananya... :)

H.U.S.M.Y.N.A berkata...

sedapnya...jom join GA saya jom...