Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 9 Mac 2011

::.. 4 HARI DI ICU.. TRANSFER KE WAD..::

4 hari dalam ICU tu macam-macam aku rasa.. kepala weng jangan cakap laaa.. tengah elok bercakap tetiba leh tertido.. cakap merapu-rapu.. kadang kala aku rasa macam orang gilaa pun ada gak...  mana tak jadi cam gitu... sebab nyaaaa asal bacaan dekat skrin tu kureng .. dorang letak ubat (morfin) time ubat tu jalan.. time tu gak ler kepala otak aku pun berjalan.. ..

badan aku penuh dengan wayar.. jarum-jarum ko jangan cakap laa.. setiap sudut ada jarum.. badan aku plak makin hari makin sembab.. dalam ICU aku hanya boleh minum ajer.. .. tapi seriusss laa aku cakap.. badan lemah gila .. walau hakikatnyaaa aku cuba nak kuatkan badan aku .. tapi tak terdaya..

Dalam tak berdaya tu.. aku gagah kan jugak diri aku nie... aku nak cepat keluar dari ICU .. lagi lama aku duduk dekat situ .. makin banyak aku dok fikir.. kan korang tau kan.. abah aku meninggal dalam ICU..  ada jugak aku dok merayu dekat doktor mintak lepaskan aku naik ker Wad...  korang percaya ker tak.. doktor boleh mintak aku bagi sebab-sebab kenapa diaorang kena lepas kan aku naik wad?... boleh !!!..

nak suruh aku huraikan.. boleh ajer.. aku cakap.. kalau aku naik wad aku boleh BF kan anak Hannah Kaysah... dan aku boleh jumpa anak-anak aku. .. dengan cara tu aku boleh kuatkan semangat aku nie.. dan lagi. aku cakap laaa history abah aku.. ...

ko nak tau doktor jawab apa.... dia kata.. aku mana boleh BF kan anak aku selagi antibiotik masih masuk dalam badan aku.. sebab antibiotik yang dorang masukkan dalam badan aku nie antibiotik yang paling kuat.. bab nak jumpa anak-anak.. doktor tu tak cakap apa-apa.. dan pasal abah aku pun dia diam... tapi... dia tak terus diamm terussss.. dia kata lagi.. kalau dia lepas kan aku naik wad.. pernafasan aku tak stabil.. nanti dekat wad dorang tak pantau macam dekat ICU.. .. dan.. dan.. doktor tu kata apa ko nak tau... dia kata.. kalau awak dah naik wad... saya tak nak tengok lagi muka awak turun dekat ICU nie... haaaaaaaa!!! bleeehhh... dia cakap macam tu.....

lantak laaa ko nak cakap apa kannn.. janji ko bagi aku naik ke wad.....


BERSAMBUNG

1 ulasan:

Emy Omar berkata...

Terkejut sangat time tahu shima warded tu,tapi tu la kan ketentuan Allah tak siapa tahu. Saya doakan shima kembali sembuh seperti sediakala ye..