Nuffnang

Nuffnang

Jumaat, 30 Disember 2011

::.. KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..::

Cerita Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus




Sahabat Rasulullah SAW , Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin. Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”







Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”



Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah, menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.


Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”

Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas.

Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum. Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhias Dan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”



Begitulah, betapa agung faedah membaca bismilah. Syaitan tidak dapat bersama makan makanan orang yang membaca : Bismilahirrahmanirrahim



Wallahualam...





Selasa, 27 Disember 2011

::..SEGITIGA BERMUDA...::

aduaaaiiii asal laaa malas betul sekarang nie nak berupdate blog nie.. malasssssss tahap meraban raban... apa kes ntah.... aura tarak mari .. idea tarak datang.... masuk jerk... kebek kebek kejap..pastu kuar... taip entry pastu save draf jerk.. nak publisssshh rasa macam sampah...  jadi dok dediam dalam draf tu sampai kejung... pastu bengang blogg tak update.. ayyooorrrrkkk...... lagi satu kes.. sekarang nie asal kat umah jerk tak leh nak pegang laptop langsung.. baru duduk nak relax relax.. minah kecik tu ngegada gediks nak melepek.. kalau mak dia wat tak reti mulaa laa dia meraung.. sesikit nak menangisss..kena sikit nak meraung.. geraaaamm jerk .. sib baik kecik lagi.. ngader ler .. sok kalau besar buat perangai gini gak memang nak kena laa kan... citer pasal minah kecik nie nanti... aku hutang lagi citer pasal kamera pun tak habis lagi.. nie aku hutang lagi citer anak dara kecik ngegada gedik tu...


kebetulan harinie tengah dok melanguk.. tak dek nak wat apa.. tetiba aku teringat kan kisah hari jumaat lepas.. haritu time lunch aku ikut akak aku pergi shah alam .. ambik anak kesayangan dia dekat UITM.. cuti weekend.. berambik ...berhantar... lepas makan-makan sekitar seksyen 7 tu.. terus balik.. time tu awan dah mula mendung.. gelap gilaa... dan time nak ke kereta tu dah renyai-renyai... terusss akak aku berdezuupp masuk highway.. ikut kilang Gula CSR tu.. terus masuk highway ELITE... haaaa nie nak di mulakan citer... masuk jerk terusss hujan selebat-lebatnyaaa laaahh..memang gelap gilaaa.. pandangan antara kereta depan pun memang tak nampak.. samar-samar jerk.... dekat 1/2 jam perjalanan nak masuk putra high tu... dah nak mula cerah sikit... hati dah sikit lega laaa.. hati aku berdebor-debor gak ler.. time akak aku drive tu.. sampai jerk .. tetiba akak aku kata.. "fuhhh lega.. takut gilaa.. dah macam baru kuar dari NERAKA".. gilaa apa akak aku nie drastik gila ayat dia..pastu aku cakap ler " macam ko pernah masuk NERAKA tu.. ayat tu agak-agak ler.. kalau ko kata baru kuar dari alam ghaib tu munasabah gak ler.."....bila aku pandang belakang.. perghhh  seriussss suasana yang sangat mengerunkan.. tetiba akak aku bersuara lagi..."aku rasakan shah alam nie berkedudukan diantara SEGITIGA BERMUDA"... segitiga bermuda plak dah.. aku tanya dia benda apa tu.. seriuss aku memang tak tau.. dengan berlagak dia kata... "KAU GOOGLE PASTU KO BACA"..... cehhhhhh !!!!!

 lebih kurang ginie ler masa tu.. gambar nie aku jumpa kat google..

nie aku google citer nya serba sikit..
 ********************************************************************************************
BERMUDA Triangle atau dalam Bahasa Melayu, Segitiga Bermuda merupakan satu kawasan di barat Lautan Atlantis yang dilingkari satu garisan bayangan, seluas 1,140,000 km persegi (lebih kurang 440,000 batu persegi). Bermula dari Pulau Bermuda ke Florida dan kernudian ke Puerto Rico dan berpatah semula ke Pulau Bermuda. Di kawasan segitiga ini berlaku banyak kehilangan kapal laut dan kapal terbang tanpa dikesan.
 Sebelum dikenali sebagai Bermuda Triangle atau Segitiga Bermuda dikenali dengan banyak nama. Antaranya adalah Segitiga Syaitan, Kawasan Kehilangan; Segitiga Maut dan lain-lain lagi. la memperolehi nama Bermuda Triangle seteiah tersiar sebuah rencana berjudul The Deadly Bermuda Triangle dalam majalah Argosy sekitar tahun 1964.

Sesebuah kapal atau pesawat udara yang mengalami kecelakaan di lautan biasanya meninggalkan berbagai kesan kemalangan, seperti tumpahan minyak dan terjumpanya barang-barang anak kapal yang mudah terapung di permukaan air. Tetapi di Bermuda Triangle kesan- kesan tersebut tidak ditemui langsung!


Misteri kehilangan kapal terbang pengebom torpedo TBM Avenger yang terlibat dalam misi 'Flight19' yang terbang dari Fort Lauderdale, Florida melalui kawasan Segitiga Bermuda, juga merupakan satu kehilangan penuh misteri sehingga ke hari ini.Rakaman perbualan radio antara juruterbang dengan menara kawalan tidak banyak membantu dalam mencari ' sebab-musabab kehilangan pesawat udara tersebut. Malah apa yang dapat dikesan adalah perkara-perkara aneh yang sukar dimengerti.Salah satu daripadanya ialah perbualan radio antara pihak menara kawalan di Fort Lauderdale dengan Ketua Operasi Penerbangan 'Right19', Lt Charles Taylor. Rakaman mendapati Ketua Penerbangan ’Flight 19‘ iaitu Taylor sendiri kehilangan arah dan 'tidak dapat melihat daratan'. Pihak menara memberi arahan agar beliau mengambil arah ke barat, namun gagal kerana menurut Lt Charles Taylor be1i4u tidak 'dapat menentukan di manakah arah barat. Ayat terakhir dari Charles Taylor:
 

"Keadaan lautan kelihatan seperti mana tidak sepatutnya ia dilihat". Selepas itu komunikasi terputus dan tiada lagi kedengaran sebarangmaklumat mengenai Lt Charles Taylor dan 'Flight 19'. Beliau dan anak kapal hilang entah ke mana.

Sehubungan kehilangan 'Flight 19' sebuah kapal udara yang mampu mendarat di permukaan air telah dihantar untuk mencari pesawat-pesawat misi 'Flight19'. Malangnya pesawat 'Martin Mariner' itu bukan sahaja tidak bertemu dengan pesawat-pesawat yang hilang malahan pesawat itu juga turut ghaib di segitiga berhantu itu. Terdapat banyak teori dan pendapat yang diberikan mengapa berlakunya perkara-perkara aneh dan kehilangan misteri di Bermuda Triangle.


Edgar Cayce, seorang psychic memberikan pandangan bahawa kawasan dasar Bermuda Triangle merupakan runtuhan tamadun Atlantis. Pada zaman tesebut masyarakat Atlantis bergantung kepada sebuah 'kristal penjana tenaga' yang mengeluarkan tenaga elektrik yang kekuatannya mungkin sama atau lebih kuat daripada tenaga nuklear yang dimiliki manusia masa kini.Menurut Edgar hilangnya kawalan terhadap 'kristal tenaga' yang dikongsi bersama itu menyebabkan terjadinya satu bencana buruk yang menyebabkan Atlantis musnah dan tenggelam. Bagaimanapun 'kristal tenaga’ yang berada di dasar laut berkenaan masih aktif dan bertindak secara rawak mengeluakan tenaga elektromagnetik yang kuat yang mampu mengganggu keadaan persekitaran dan menyebabkan berlakunya bencana apabila sesebuah kapal atau kapal terbang melalui kawasan itu.



Segitiga Bermuda juga dikatakan tempat bersarangnya UFO. Ini kerana UFO kerap dilihat di kawasan segitiga maut itu.


Kisah Usaid Bin Hudair ra

Terdapat satu kisah sahabat Rasullulah SAW iaitu Usaid Bin Hudair ra. Sahabat Rasullulah SAW ini berasal daripada golongan Ansar dari suku Auws. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat Ansar dan juga Muhajirin kerana kelebihan yang ada pada beliau. Sahabat Rasullulah saw yang mulia ini adalah seorang yang pandai membaca dan menulis serta penunggang kuda yang baik. Beliau juga dikenali pemanah yang tepat.

Pada suatu tengah malam Usaid duduk di tempat ibadahnya manakala anaknya duduk disampingnya. Kuda beliau yang akan disiapkan untuk jihad tidak lama lagi terikat tidak jauh darinya.

Pada ketika itu, keadaan malam tenang dan sejuk, bintang-bintang seakan-akan akan jatuh ke bumi, maka timbullah keinginan Usaid untuk menghiasi keadaan yang sejuk ini dengan wangi-wangian bacaan al-Quran. Usaid mulai membaca permulaan surah al-Baqarah dengan suara yang merdu dan indah. Usaid dikenali sebagai pengalun bacaan al-Quran yang merdu dan mengasyikkan.

Tiba-tiba kudanya meronta-ronta sehinggakan tali untuk mengikatnya hampir terlucut, kemudian Usaid menghentikan bacaannya. Seketika itu juga kudanya pun menjadi diam dan tenang.

Kemudian Usaid mengulangi bacaannya kembali dan kuda beliau meronta-ronta kembali bahkan lebih teruk daripada yang pertama tadi. Usaid menghentikan dari bacaanya dan kudanya ikut diam sepertimana peristiwa pertama tadi. Maka Usaid mengulangi perbuatan tersebut berulang-ulang dan tidak menghiraukannya.

Walau bagaimanapun, Usaid kasihan akan anaknya jika terbangun dari tidurnya lalu dia bangun menuju ke arah kudanya. Tatkala berjalan, Usaid melihat ke langit dan melihat awan berjajaran dilangit membentuk payung yang sangat besar. Dan disampingnya terlihat seperti susunan cahaya yang menerangi seluruh permukaan  sehinggakan Usaid naik ke tangga rumah untuk melihat yang hal menakjubkan ini sehingga hilang dari pandangannya.

Tidak pernah dilihat kejadian yang aneh ini oleh mata manusia sama sekali. Ketika waktu pagi tiba, bersegeralah Usaid menuju Rasulullah dan menceritakan apa yang terjadi pada dirinya semalam.

Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada Usaid : 
Para Malaikat itu sedang mendengarkan bacaanmu wahai Usaid, andaikan kamu melanjutkan bacaanmu pasti manusia akan melihat para malaikat yang sebelumnya terhalang pandangan mereka dari para Malaikat” 
Dan apakah payung yang sangat besar itu? Adakah ia menyerupai UFO yang dilihat zaman moden sekarang?

Kisah-kisah lain yang berkaitan UFO pada zaman para Anbia

1. Kisah Nabi Zulkifli as (Ezekiel) dalam Taurat (Torah)
Ezekiel atau Zulkifli adalah seorang Nabi yang dipercayai hidup sekitar kurun ke-6 sebelum masihi. Ezekiel banyak disebut di dalam kitab Torah (Taurat) tetapi tidak banyak dibicara dalam al-Quran mengenai kisah-kisahnya. Di dalam Taurat, dalam Book of Ezekiel telah terkandung kisah Ezekiel dan objek yang terbang di langit pada ayat Ezekiel 1:4-1:24.
|Ilustarasi pada abad ke-16 oleh M. Merian|

2. Kisah Nabi Alias as (Elijah) dalam Injil (Bible)

Elijah atau Nabi Alias as adalah seorang yang diturunkan untuk memperbetulkan akidah orang-orang Yahudi yang tersesat yang mana telah menyembah patung Baal. Pada usia tuanya, Elijah menurut kitab Bible dalam King of Kings 2:7-12 telah dibawa oleh Tuhan untuk menaiki chariot ke syurga. 
Penampakan UFO ketika pelayaran Christopher Columbus?

Pada tahun 1492 dalam “The Life and Voyages of Christopher Columbus.” Christopher Columbus dan pembantunya Pedro Gutierrez ketika di atas dek Kapal Santa Maira, kebetulan terlihat, “a light glimmering at a great distance.” Ia kemudian hilang walau bagaimanapun muncul kembali beberapa ketika kemudian sebanyak beberapa kali. Aksinya memang memeranjatkan dengan aksi turun dan naik di langit.

Columbus atau nama sebenarnya Christopher Columbus yang memang terkenal sebagai pakar dalam ilmu astronomi telah berkata kepada anak kapalnya bahawa itu pertanda kepada mereka bahawa mereka akan sampai ke daratan tidak lama lagi. Seperti yang diramalkan,mereka kemudian menjumpai daratan 4 jam kemudian.

Penipuan Dajjal tentang UFO

Persoalan tentang tipu daya Dajjal mengenai UFO dihuraikan dengan panjang lebar dalam bab ini 4 buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Segitiga Bermuda. MID mendedahkan bahawa piring-piring terbang UFO yang digembar-gemburkan oleh Amerika Syarikat (juga Hollywood) sebenarnya adalah tipu daya semata-mata.

Tujuh hakikat itu ialah : -
  1. Fenomena piring terbang bukan khayalan, ianya adalah perkara benar yang mempunyai kuasa genius yang menggerakkannya dari tempat lain.
  2. Piring-piring terbang itu wujud dalam keadaan yang nyata, berfizikal, berjisim dan sama seperti mana kapal-kapal terbang yang biasa kita lihat. Cuma bezanya mungkin dari segi bahan buatan dan bentuk. Yang membezakan piring terbang itu dengan kapal terbang – kapal terbang di dunia ialah teknologi yang digunakan.
  3. Pemandu-pemandu piring terbang yang kelihatan rupa parasnya dengan pelbagai bentuk pelik itu sebenarnya manusia biasa. Mereka diasuh, dididik dengan bahasa-bahasa asing yang dimiliki di Segitiga Bermuda. Mereka juga adalah manusia yang diculik dari dunia sebenar dan diajar pula menggunakan teknologi-teknologi canggih milik kerajaan Dajjal.
  4. Piring terbang – piring terbang milik kerajaan Dajjal sebenarnya berlabuh dan berlepas dari pengkalan-pengkalan yang banyak di Segitiga Bermuda.
  5. Semua piring terbang itu adalah milik Dajjal dan pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu.
  6. Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini. Dajjal memang wujud malah menetap secara terus di Segitiga Bermuda.
  7. Dajjal keluar atau muncul di tengah-tengah masyarakat secara berfasa-fasa. Adakalanya ia muncul mengaku sebagai Nabi dan ada kalanya ia muncul dengan memimpin sebuah organisasi. Menurut Muhammad Isa Dawud anggapan bahawa Dajjal keluar hanya sekali di tengah-tengah masyarakat adalah tidak benar.
Amaran: Artikel ini mengandungi teori-teori yang mana pada sesetengah pembaca sukar untuk menerimanya kerana ia mungkin sesuatu yang baru pada mereka. Perlu diingatkan, artikel ini tidak langsung melanggar syariat dan kepercayaan kita sebagai Umat ISLAM.
********************************************************************************************

selamat membaca ek.. nie semua aku ambik dari google dan dari blog-blog yang ada mengisahkan tentang SEGITIGA BERMUDA nie.. kalau nak lebih detail korang plak google ek.. sesungguhnyaa ALLAH maha mengetahui segala-galanya...



Khamis, 22 Disember 2011

::.. NYAH KO CICAK DURJANA..::




citer pasal kamera tu .. tangguh dulu.. modal nak bercerita tak muncul dah berminggu-minggu dok terperam.. nie kebetulan dok google-google sekali terjumpa pehtua pasal nak menghapuskan cicak.. eeeeuuuwwwwww aku cukup geli dengan cicak nie.. nak lagi dengan tahik dia.. yerkkkk... .. jom.. jomm kita baca pehtua nie..


TIPS (1)

MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)

Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

TIPS (3)

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (4)

Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (5)

Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.

TIPS (6)

Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap sahaja setelah hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.


Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau pun tidak.





Isnin, 12 Disember 2011

::..WORDLESS MONDAY..::



Tengok dulu ek.. citer kemudian...

MAKCIK SIBUK!!!

Khamis, 1 Disember 2011

::... STATUSS TERBAIK DARI FACEBOOK...::

morninggggg theeeee morninggg frennnn... ada baikk.. huhuhuh.. dah masuk bulan baru kan.. dan punch card baru.. tapi.. awal-awal bulan punch card dah merahhh apa kes kan... apa nak buat.. ini ler kalau pompuan yang ada anakkannn.. cuti demi anak.. lewat pun kerana anak... punch card merah gara-gara cik nah demam ler.. bawak pergi klinik dulu pagi  tadi.. risau betul kalau tetiba demam panas macam nie.. memulaa tu elok jerk minah kecik tu bergurau senda.. tetiba dalam bergurau senda tu.. badan panas melantun... ayyoooorrkkk .. seriua tau... malam tadi kena masuk ubat iukut vontot baru leh tido minah tu.. kalau tak merenggek jerk...

wokeeeii.. sila baca perenggan di bawah dengan fahami nyaa.. status nie aku ambik dari FB kawan aku.. bila baca.. hati rasa tenang jerk..  dan jiwa rasa sayu.. itulaa pengorbanan seorang wanita yang bernama IBU..



******************************************************************************************
...Wanita yang cantik adalah…Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan...Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan....Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya....Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang....Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya....Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya di manapun dia berada...Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah...Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang..Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya...♥



Rabu, 30 November 2011

::... WORDLESS WEDNESDAY...::

amboiiiii .. menyental dengan begitu teruk sekali...


cer teka???....





Selasa, 29 November 2011

:: ASAM PEDAS IKAN MAYUNG/ DURI .. RESEPI ATOK GEMOK..::

hallllluuuuuuuu... !!!!!!!!!
sudah lunch ker... ker lom makan lagi.. ker malas nak masak... ker Diet.....
apa-apa jer lah.. janji lunch.. kalau tak kang perut masuk angin kang .. susah plak...
karang tak pasal-pasal dok burrrrppp.. burrrrrppppp kuar angin....

hari ahad tu.. mak aku dengan kakak aku  nak datang umah.. jadi kena laaa masak untuk
jamu dorang makan lunch.... letih otak aku dok pikir nak masak apa..
tetiba terpikir nak makan asam pedas.. nak yang pedasss pedassss.. kuah pekat..
perghhhhhhhh meleleh air liurr bilaa asyik dok pikir..
akhirnyaaaa set lunch ahad tu.. ASAM PEDAS IKAN MAYUNG resepi ATOK GEMOK...
kikikikikikiki... saper atok gemok..???
atok gemok tu .. arwah nenek aku... mak kepada arwah abah aku..
owang johor kan panggil nenek tu atok kan.. jadi jangan ingat lelaki plak yerk...

kebetulaaann plak masa aku pergi beli ikan mayung haritu .. dalam ikan tu ada telur.. perghhhhh
dah macam mak PEKAN plak.. teringin nak makan telur ikan kannnn... jadi masak-masak terusss
simpan .. tak bagi orang lain makan.. hahahahahhahahaah.. teruk perangai kan...
lantak.. bukan senang nak dapat telur ikan mayung tu... syukur gak ler.. sebab mak aku pun tak makan
telur ikan mayung tu..


telur ikan tak perlu di keluarkan biarkan sajer dalam karung macam tu.. lagi besssttt


RESEPI ASAM PEDAS ATOK GEMOK..

Bahan-bahan
  • Ikan Mayung/duri
  • 50 tangkai cili kering... 
  • 7 ulas bawang merah   
  • 5 ulas bawang putih    
  • 5 biji cili padi              
  • 2 1/2 sudu lada hitam  
  • 2 inci kunyit                 
  • 2 inci halia 
  • belacan
  • daun kesum
  • bendi
  • asam jawa
  • garam
  • ajinomoto
  • minyak
cara-cara
  • blander cili kering,bawang merah,bawang putih,cili padi,kunyit,halia,belacan dan lada hitam...
  • tumis bahan-bahan yang dah di blander tu sampai garing.... (tumis dengan api yang sederhana)
  • bila dah garing.. masukkan air asam jawa.. dan ikan ... biarkan ikan masak seketika...
  • kemudian masuk kan 1 cawan air dan daun kesum.. masak sehingga mendidih
  • setelah mendidih masukkan 3 cawan lagi air.. dan masukkan juga garam, ajinomoto.. masak sehingga mendidih dan naik minyak
  • bila dan naik minyak.. masukkan bendi.. masak sehingga bendi empuk
  • dan tutup api....
(asam pedas nie pekat .. sebab tu tak menggunakan air yang banyak)

Isnin, 28 November 2011

::.. ..RAJUK ANAK DARA....::

Lama tak citer pe'el cik nah kan... haaaaaaa harinie.. meh nak citer pe'el cik nah ....
kalau dulu time petang-petang ambik.. mukaa tersengihhh... macam kerang busuk... kekadang tu..
kalau aku nak ambik.. di tepiss nyaa tangan  aku.. muka berpaling tempat lain....

tapi sekarang nieee sudah tidaaaakkkk....
asal petang aku sampai .. nak ambik dia.. perghhhhhh gilaaaa panjanggg muncunggg
pastu tak sempat-sempat  nak suruh aku dukung..

ada saru petang tu.. aku sampai-sampai jerk.. aku tengok muka anak dara nie lain macam
mata bengkak.. mulut muncung... pastu tersedu-sedu.. aku dukung teruss peluk.. sedu  tetap sedu..
aku tanya cikgu dia.. kenapa???
cikgu kata.. suruh dia tolak kerusi.. sebab nak suruh dia belajar berjalan..
tapi dibantainyaa meraung.. tapi tolak tetap tolak...
ini kira tema dia.. "KERNA TERPAKSA.. AKU MELANGKAH PERGI.."...
kesian kan.. tu ler.. saper suruh tak pandai jalan.. kan dah kena paksa belajar jalan ....

pastu baru-baru nie pun gitu jugak.. muka cebikkkk.. mata bengkak...
aiii tak kan kena berjalan lagi nak menangisss lagi... melampau betul minah nie..
aku tanya cikgu kenapa.......???
ghuperrrrnyaaaaaaa ko!!!!!!!!! minah nie bad mood.. pepetang hari sebab kena paksa bangun mandi...
ambbboooiiiii suka mengamuk plakkk cik nah nie sekarang.....

nak tengokkkk mukaaa budak bad mood....


amacam ... ada lebar macam angelina jolie tak... kikikiki eeuuuuwwww seksi plak cik nah buat bibir
macam tu.. eeuuwww i like..
time nie aku panggil pun dia buat tak tau.. dalam hati tu 'bengkak' jerk..
warghhh ..merajukkkk betul nie.. cik nahhh.. ooooooooo cikk nahhhh tak nak pandang ummi langsung ke
aku pujukk.. pujukk kata.. nanti balik kita cakap dengan babah.. 
biar babah 'babab'  cikgu..
baru pandang... haaa ko.. ngegada betull.. tapi muncung tetap maintainnn..




Jumaat, 25 November 2011

::.. GANTI PUASA...::

Salam pagi jumaat semuaaaa.. warghhh harinie bagi salam plak.. selalu mainnn taip dengan tak bagi salam.... hik..hik..hik... bukan apa.. insafff.. insafff... dan lagi harinie jumaat kan.. kenaa laa happy. sebab esok cuti.. lusa cuti.. tulat cuti... tonggek cuti.. eeeehhh cuti lagi .. hahahahhahahahaha....... ok..ok.. nie aku nak kongsi-kongsi lagi ilmu tentang GANTI PUASA... bukan nak berlagak macam ustazah ustazah pilihan.. apa yang kita tahu.. kita kena laa sebar-sebarkan .. benda baik kan...

semalam member aku dok tanya pasal ganti puasa.. kena bayar fidyah ke tak.... dia tanya dekat aku yang sememang nyaaa tak berapa nak tau sangat laaaa.. kan.. jadi setelah aku meng GOOGLE dengan abang aku yang kengkonon alim tu.. memulaa dia kata tak perlu bayar fidyah.... bilaa aku dah balik baru dia sms aku.. info di perolehi dari JAKIM.. meh kita baca.....

********************************************************************************************
"Orang-orang yang  meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengQada puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengQada nya lagi dan masuk bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta Qada nya sekali. Seperti contoh :-

- seseorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengQada sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :-
  • Tinggal 5 hari > Qada 5 hari puasa, ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun  kedua > Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
  • Tinggal 5 hari > Qada 5 hari puasa, ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga > Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
  • Tinggal 5 hari > Qada 5 hari puasa, ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat > Beras 15 cupak (3 cupak sehari)
Begitulah seterusnya jika masih juga belum meng Qada puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasanya yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

*******************************************************************************************

Ketika memberi fakir miskin dengan kadar yang telah dietapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan kita itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengQada puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita Qada lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.

sekian , Wallahualam....




Khamis, 24 November 2011

::.. CARA-CARA MELAYAN SUAMI..::


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas

kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

 
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

 
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

 
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

 
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

 
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan
letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

 
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

 
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

 
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

 
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


****************************************************************************************


 
semoga perolehi kebahagian sehingga ke akhir hayat..
****************************************************************************************
Artikel ni memang la nampak macam wanita menjadi hamba suami, tetapi dengan takwa iman dan ikhlas hati, seorang isteri takan merasa dirinye seperti hamba kerana rela, reda, sedar tanggungjawanya, juga tidak akan memperlihatkan dirinya seperti seorang hamba atau didera. Zaman moden sekarang wanita boleh dilihat bergaya berkerjaya dan tetap taat soleh kepada suaminya dan jadi kebanggaan suami lagi. Taat pada suami tak bermaksud membabi buta tanpa perbincangan dan komunikasi yg baik. kenal mengenali diri masing2, saling menerima memahami bersabar dgn kekurangan, ikhlas dll. insyaallah. pahala tetap pada isteri yang sabar dan berperanan. Rezekilah dan bahagia lah kalau dapat suami mithali tapi suami yg zalim pulak, dia kelak akan disoal oleh Allah di kemudian hari.

bila di ingat kembali dan setelah membaca artikel ini rupa2nya terasa diri masih ada kekurangan dlm melayan suami . kekadang aku sendiri terlepas pandang akan sume yang sepatutnya perlu si isteri itu perbuat bagi melayan dan menggembirakan hati suami apa lagi jika kita sibuk melayan karenah anak2 ketika mana di waktu yg sama suami memerlukan layanan dari kita yakni isterinya. insyaallah aku akan guna pakai ilmu yg telah aku baca ini dan cuba untuk memperbaiki diri untuk meraih kembali kasih sayang dan cinta suami  agar rumah tangga akan menjadi harmoni seperti yg diharapkan. ..



Rabu, 23 November 2011

:: BILA KAMI BERKUMPUL.::

seminggu sebelum raya haji haritu.. abang dengan akak aku plan nak
wat birthday party anak dorang...abang aku memang suka buat birthday party
anak dia dekat hotel.. sebab apa aku tak sure..tapi apa-apa pun aku suka jerk..
 lain dari yang lain kan..

jadi kami di ajak ke sini..
so stay sini 2 hari 1 malam.. budak-budak laaa terlebih excited... haru biru bilik kita orang.. abang aku ambik twin room.. nasib ler jiran sebelah menyebelah. sib baik ler tak ada adengan citer P.Ramlee.. "oii orang sebelah.. tak tau ke orang nak tido ke nak haper ker haa!!!"".. kikikikiki
budak-budak apa lagi.. sampai-sampai jerk dah macam cacing kepanasan..
dah tak sabar-sabar nak terjun pool.. dorang ke pool aku dengan
baby-baby berphotoshoot.. di ulangi.. nak upah orang tak mampu.. buat sendiri jerk ler..
walaupun hakikatnyaaa AKU BUKAN PRO..
asal adoo
Ya Allah.. masa aku shoot gambar dorang nie.. aku rasa dah macam berlari 
100 meter berhalangan kekdahnyaaa... adddduuuaaaaiiiiii lotih kepala lutut mak di buatnyaaa...
masa shoot dalam bilik ok lagi.. tapi bilaa nak shoot kat luarrr..
Ya Allah.. hazabaijan aku dibuatnyyaaa.. bila sorang dah ready..
yang 2 orang tu mengamuk.. bilaa 2 orang tu dah ok.. yang sorang nie plak tak ready..
so tak ada satu pun pic yang ok.. semuaaa nyaaa K.O
nie laaa birthday girl nyaa..  Hanie Fariesya
 kikikikiki sampai meleleh air liur cik nah..
time nie cik nah dah kepenatan... sampai melepek pipi dekat cermin..
 ciannnn ... hahahahah
budak-budak nie bukan main lagi suara dorang... haaa jangan terperanjat kalau aku kata.. yang dorang bertiga aiman, syamil dan fadzlina sebaya..


sebahagian dari kami-kami semua.. yang nie jerk yang ber out door..yang lelain membuta di bilik
tuan tanah ... excellent.. kikikiki
 jangan di cari gambar masa celebrate potong memotong kek.. nan ado..
kes nyaaa photographer dah kepenatan.. dan kamera sudah kehabisan bateri..
Tq laa pada tuan tanah.. len kali jemput lagi.. excellent..
HEAVEN..







Rabu, 16 November 2011

::..WORDLESS WEDNESDAY..::



ANAK DARA DAN TINGKAP........... TIDAK DAPAT DI PISAHKAN.........


  HAIPPP...
ANAK DARA BUAT APA TU !!!!!






Selasa, 15 November 2011

:: 10.11.10.....---------> 10.11.11.. SETAHUN DAH..::

Tup.. Tap.. Tup.. Tap..
dah setahun..... sekejap gilaa rasa masa pergi ....
rasa baru semalam kena admit ward
rasa baru semalam meneran kesakitan dekat dalam labour room..

uihhhhh pantas kan.. 
sangat pantas.... punyaaa laa pantas sampai kekadang tak perasan yang mak dia pun dah makin tua..
pantas punyaa laa pantas.. tau-tau nanti.. dah nak beradik.. 
kah..kah..kah..kah.. 

Nurul Hannah Kaysah dah Setahun.........
Tapi tolong Jangan di tanya..         
"DAH ADA GIGI " atau  " DAH BOLEH BERJALAN" 
sentaphatimaknak.....
                                           
budak-budak sebaya dia dah nak berlari
budak-budak sebaya dia dah penuh gigi di gusi..
tapi DIA.
aduaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii laaaahh CIK NAH....
kalau  menyenggeh tu...merah gusi jerk yang nampak

10.11.11..... setahun sudah .. happy birthday hannah kaysah... 
semoga kaisah jadi anak yang solehah.. dengar cakap ummi dan babah... jangan nak tergedikkss
sesangat yerk..




Khamis, 3 November 2011

::...TERTIPU PEMBELIAN SECARA ONLINE..::

sebelum aku nak citer dan huraikan tentang tajuk kat atas tu.. aku harap ler jangan ada yang terasa dan merasa apa yang aku nak mencecehkan dekat blog aku nie... ..cuma nak bagi periingatan dekat diri sendiri..

korang pernah tak tertipu time korang beli barangan secara online.. haaaaa nie aku nak citer kisah aku........ sebelum nie aku tak berapa nak suka sangat beli barang secara online.. tapi sejak aku bersalin dulu tu.. aku rasa macam senang dan mudah jerk.. klik pastu esoknyaa barang sampai dekat rumah.. so far... aku beli melalui internet nie memang tak pernah kena tipu ... tapi yang lewat sampai tu ada laa.. tapi still sampai dan barang yang aku pesan adalah sama dengan yang aku order.. so syukur alhamdullilah ... walaupun sebelum nie aku ada rasa was-was takut kena tipu...

so sejak beberapa bulan lepas tu .. aku dah tak buat apa-apa pembelian secara online.. sampai laa aku terjumpa satu wall yang jual baju-baju di Facebook.. seriusss aku sangat suka dengan wall tu.. bila dia upload pic-pic baju yang memang gilaa cantik.. seriusss aku memang sukaa sangat... tapi bilaa aku tengok tang harga tu.. rasa cam tak mampu laa plak.. so aku tengok-tengok jerk laaa...

di pendekkan citer.. baru-baru nie ada laa dia postkan baju terbaru... seriusss memang cantik gilaaa harga ok jugak laaa.. kejap kejap aku tengok baju tu.. kejap-kejap aku tenung baju tu.. pastu tak fikir apa-apa lagi terus aku booking baju tu.. kebetulan plak.. aku rasa sangat sesuai dengan tema kahwin adik ipar aku.. raya haji nie..

sekali ko bila sampai... ambikkkkkkkkkkkkk.. lain dari yang aku order.. bila aku tengok dekat sampul pos laju tu.. tertulis' blouse kaftan warna pink salem..'.... aikkkk pelik aku nie.. asal purple jadi warna pink plak nie.. memula tu aku rasa ok jerk laaa.. pink pun ok gak .. sebab tema pink purple.. sekali bukak sampul tu.. ambikkk ko.. buruk gilaaa warna dia.. macam kain buruk pun ada  gak aku nengok.. pastu fesyen tak sama dengan yang aku order.. bila aku telefon dia cakap nanti dia akan telefon dekat supplier yang hantar baju aku tu.. katanya dia perantara ... ok aku tunggu.. bilaa aku call lagi .. dia kata.. boutique tu tutup.. nanti dia akan update dengan aku.. kalau ada apa-apa news.. tapi haram.. aku yang kena remind dia..  bila dia reply sms aku.. ayat dia 'supplier kata baju tu memang yang itu .. color dalam tu faktor percahayaan jer..  saya buat preordr tp supplier terus pos kat u.. nanti saya cek sekali lagi dengan dia'.. dan katanyaa lagi.. baju nie direct dari indonesia.. so tak boleh nak tukar..

hebat betul faktor pencahayaan nyaa kan. . sampaikan pink bleh nampak cam purple dan terang-terang dekat gambar tu sebelum aku order tertulis 'purple'... ..dan lagi.. kalau dari indonesia sekali pun.. kalau aku return balik baju nie.. aku rasa bleh jerk.. dia jual balik dekat boutique dia.. dan order yang aku order tu.. apa masalahnyaa...  aku call supplier tu memang tak berangkat langsung.. aku memang dah nak post balik baju nie.. seriuss aku memang tak nak .. tapi perantara nie tak nak bertanggungjawab.. dia tetap kata supplier tak mo terima walaupun aku pulang kan balik baju nie.. kalau aku hantar balik jugak.. memang duit aku akan burn macam tu jerk.. hello bai .. bukan 20- 30 hinggit ok.. nie 100 hinggit.. bleh beli susu anak aku ..  baru-baru nie aku tanya lagi.. yang aku nak balik duit aku.. dan mintak dia yang bertanggungjawab kalau dah supplier dia tak mo bertanggungjawab.. perghhh ayat dia.. macam aku plak yang salah... entah laa nak salah kan saper pun aku tak tau laaa..

apa -apa pun aku gilaaaa menyesallll... ....

nie yang aku order...

nie yang aku dapat..
sila bezakan... malas dah nak cakap..