Nuffnang

Nuffnang

Ahad, 31 Oktober 2010

::.. BESAR DAN SUPER DUPER YUMMY.. BERBALOI-BALOI..::

Lor pulut panggang
itu pun nak wat entry ker..

Agaknyaaa itu ler tanggapan sesetengah orang kan
macam tak ada benda lain nak cerita
pasal pulut panggang pun nak cerita..

Gini ler yer..kalau dah namanyaa blogger..
apa jenis cerita/bahan pun akan di tepek sebagai ceritaa
ADA FAHAM! 

 LALAT NIE KANG MATI AKU PELEPAP DENGAN SURAT KHABAR  KANG..

Ok cerita balik kisah pulut panggang..
errrrmmmm
semalam kebetulan pergi pasar malam dekat area bangi..
jalan punya jalan.. ternampak ler pulut panggang nie.. besar-besar plak tu
memang membuatkan mata yang memandang akan tertarik.. tapi rasanya lom tau lagi...
tanya harga sebijik 70 sen.. kalau beli 3 RM2.00
errrmm mahal gak.. tapi bila di ukur dari segi kebesaran tu rasanyaa ok kot dengan harga tu...

Sampai rumah..
bila makan ajer..... errrrrmmmmmmmm
rasa cam menyesalnyaaa beli 3
tak cukup..
SEDAPPP GILAA DOWH...

sepanjang hayat.. (perghh ayat )hahahahah
tak pernah lagi aku makan pulut panggang yang sedap macam nie
selalunyaa bila beli.. pulut dah ok tapi inti hampas..
kekadang tu.. pulut plak tak cukup masak kan

tapi yang nie.. totally perfect..
SEDAPP..
dengan inti, dengan pulut..
menepati citarasa anak tekak aku yang super maha cerewet nie

Tapi tak leh makan bebanyak jugak
pulut tu.
kang tak pasal-pasal naik balik
KENCING MANIS
dan tak pasal-pasal kena insulin plakkkk...










:.. KEPETINGAN ASID FOLIK PADA IBU MENGANDUNG..::



Artikel nie aku copy paste dari majalahsains. 
aku copy artikel ini aje nak kongsi dengan pembaca dan ibu-ibu mengandung
yang diluar sana...
haa betapa pentingnyaa asid folik nie pada ibu mengandung..
baca tu shimaa.. nie asyik laaa ngelat makan ubat... heheheheheheehehe
dapat ajer ubat buat pekasam dalam beg..
asal g c/up mula laa HB kurang laaa
itu laaa.. ini laaa.. tak sedar-sedar diri lagi tu........
 
Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf). Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.
 
Asid folik adalah sejenis bahan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak demi memastikan pertumbuhan yang sempurna dan amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh tubuh mereka. Sungguhpun begitu sumber makanan lain yang mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral, protein dan juga lemak adalah penting dalam memelihara pertumbuhan dan pembesaran badan yang seimbang. Hal ini kerana, makanan berbeza mempunyai jumlah nutrien yang berbeza. Tidak ada satupun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan yang diperlukan. Sekiranya si kecil tidak mendapatkan jumlah asid folik seperti yang disyorkan. Mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti keletihan, muka pucat  dan kelesuan badan (tidak bertenaga).

Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan "fetal", yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan,sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita yang tidak mengetahui yang pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Asid folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang semasa di peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi. Terdapat dua bentuk utama NTD iaitu anencephaly dan spina bifida. Anencephaly ialah tiada sebahagian atau keseluruhan otak bayi manakala spina bifida pula adalah keadaan di mana terdapat bukaan pada tulang belakang yang mungkin boleh menyebabkan lumpuh.

Asid folik juga merupakan satu daripada beberapa nutrien yang diketahui mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida, yang berlaku bagi 10 dalam setiap 10,000 orang bayi. Wanita yang tidak mengambil asid folik secukupnya juga akan meningkatkan kemungkinan mengalami keguguran dan kelahiran yang menyebabkan kematian. Ibu yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak yang seterusnya dengan kecacatan yang sama. Dalam kes seperti ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi bermula sebulan sebelum hamil, jika boleh, dan diteruskan sehingga tiga bulan pertama kehamilan. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat kempen-kempen giat dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pengambilan pil asid folik. Kemungkinan besar asid folik juga boleh mengurangkan lain-lain kecacatan atau masalah bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (limb reduction), kecacatan sistem pembuangan air kencing dan pucat (anaemia).

Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari

Asid folik boleh ditemui dengan banyaknya di dalam sumber sayur-sayuran hijau dan turut terdapat di dalam susu dan sumber tenusu. Makanan berikut mengandungi  asid folik : barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jikalau ia terlebih masak kerana ianya mudah larut dalam air, jadi anda dinasihatkan memasak dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima serta pendekkan masa memasak. Anda juga digalakkan untuk mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik turut dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, kanser usus besar dan kanser pangkal rahim.
 
Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia



 

Sabtu, 30 Oktober 2010

::.. BILA ANAK-ANAK DAH BESAR..::

Macam nie ler bila anak-anak dah besar..
ada macam-macam karenah dan ragam.. kekadang aku yang melayan nie terpaksa terima ajer laa
agak-agak malas nak layan aku diamkan ajer..
tapi kekadang tu.. keluar jugak laaa 'SINGA' aku nie.. kalau nak tak boleh nak dengar kata

tapi bila di fikirkan balik .. marah pun tak guna
lagi aku marah.. sekejap aje dorang nie insaf.... sat lagi buat balik..
buat kering air liur aku aje..
bila aku dah malas nak layan.. apa lagi aku gunakan kuasa lain laa plak..
aku gunakan kuasa En.Din plak..
senang hidup aku.. hehehehehe


Ini nak citer pasal si manje kecik nie.. Aiman..
Manje ker?.. uhhhhh nak ada adik nie lagi meragam ajer perangai dia nie
asyik nak mengamuk ajer..
nak kena ikut cakap dia ajer.. nak lagi kalau dia nak sesuatu
perghhhh hilang sabar jugak laa aku
disebabkan aku skrg dah malas nak mengamuk
so apa-apa lepas tu aku akan citer dengan babah dia
dan babah dia laa yang akan ambik peranan
sama ada marah atau sebaliknyaa
sebab aiman nie takut sikit dengan babah dia

aku paling tak bleh tahan .. kalau time berebut siaran TV dengan dia
sakittt jiwaaa
asyik-asyik kartun.. asyik-asyik kartun
mana aku leh tahan
nak lagi dia suka nau tengok HAGEMARU
aku tak suka betul kartun tu.. sebab memberi pengajaran yang tak elok
tapi selalunyaa aku laa yang menang.. sebab aku kan UMMI dia.. kannnnnnnnnnnnn


tapi kan .. kalau mood dia balik.. aku laa yang paling seronok
sebab dia banyak cakap.. dengan aku ajer laaa..
kalau dengan orang lain dia kureng sikit
kengkonon pemalu ler...

tapi yang aku kelakar sangat dengan aiman nie kan
satu malam tu.. tetiba dia tanya aku


aiman :.. solah man ada wat nyanyi-nyanyi ummi bleh tak man nak asok
aku:.... haaaa man nak menyanyi... man nak nanyi lagu apa.. man tak malu ker?
aiman:..man nak nanyi lagu superman.. ummi nanyi sekali laaa... bleh ummi
aku:.. 'gelak'
aiman:..hadiah besttt ummi... dapat air vitagen.....
aku :.. huk aloh laaa man.. setakat air vitagen tu.. ummi pun boleh belikan untuk man....


bila babah dia balik.. aku cerita laa dengan babah dia
nak tau tak apa aiman cakap..
'UMMMMIIII INI RAHSIA KITA LAAAAAA'..
hahahahahahah... malu laaa plak


:.. HANIE FAREYSHA..::


Welcome.. Hanie Fareysha..
lahir pada 26 oktober 2010, berat 3.85kg
 inilah jugak ler cucu yang ke 23 Hj.Md. Zahar dan Hjh Wan Hasnah..
ini anak kakak aku

tapi abah tak sempat nak tengok cucu dia nie..
Allah lebih sayangkan abah,,
kalau abah ada nie.. perghh dia laa yang paling seronok.. sambil tu dia pun berkira laaa
tahun depan kena keluar duit raya . hahahhaaha..

tapi tu semua nyaa kenangan..
kakak aku dah selamat... so sekarang tinggal aku..
anak aku nie kira cucu yang ke 24 dan kakak ipar aku.. cucu yang ke 25..





Khamis, 28 Oktober 2010

::...TANDA-TANDA BERSALIN... 37 WEEKS..::

Disebabkan minggu nie aku dah 37 minggu.. so aku dah kena berhati-hati dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.. yer arrr.. dari 3 minggu ajer lagi.. tapi dari pengalaman 2 orang yang lepas, selalunyaaa aku bersalin 39 minggu ++.. maka.. lagi 2 minggu ajer lagi... so far kontaksi memang dah ada.. tapi tak kerap.. on/off ajer..  kekadang tu ada laa jugak rasa sakit bawah ari-ari dan pinggang.. tapi itu mungkin kontraksi braxton hicks yang pernah aku citer kan dulu... so tunggu ajer laaa kan.....


Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. 
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • http://ratuhati.com 

:..PUDING TRIFFLE::

nampak menyelerakan tak?..
semalam kerajinan melanda jiwa , bila hati meruntun hiba..
hahahahahhaha.. ayat tak bleh blah..
apa kena mengena benda alah di atas dengan jiwa yang meruntun..

kejadian malam semalam..
lepas balik dari tak bleh buat scan tu..
terusss ke kedai .. beli segala keperluan..
maka terhasil laaa ini
PUDING TRIFFLE..

dah lama terliur masa tengok blog neenaanuar
sangat terliurrr ok..

SANGAT SEDAP DAN YANG PALINGGG PENTINGG TAK MANIS.. 
I LIKEEEE ... EUWWWWW


Rabu, 27 Oktober 2010

::.. EXCITED TERLEBIH SEKALI FRUST MENONGGENG..::

Betulla kan orang kata jangan terlampau suka nanti akan  menjadi duka
Jangan terlalu mengharap nanti harapan hanya tinggal harapan...


Sebenarnyaa aku dah lama gilaa teringin nak wat scan 3D atau yang lebih baik 4D kan...
kengkonon nak wat kenangan laa.. sebab anak yang lepas-lepas tak berpeluang..
kebetulan tadi.. member aku kata ada satu klinik dekat Seri Kembangan ada wat scan 4D.. dengan harga
yang tak terfikir dek akal fikiran yang waras.. scan 4D hayan RM80 hinggit ajer
perghhhh saper yang tak mau kan.. sebab rata-rata aku survey kebanyakkan harga semuanya RM 200 ++

so tadi dengan berkobar-kobarnyaaaa jiwa dan raga serta naluri aku yang bergelora nie
aku apa lagi cha alif but awal laaa.. sebab masa aku telefon dekat klinik tu , dia kata
scan hanya pada waktu siang sahaja.. 8 pagi -6 petang..
perrrghhhh xcited gilaaa aku nie.. pergi dengan senyuman... dengan hidung yang sedikit kembang..
bangga ko tau...


sekali masa nak daftar... dorang kata... scan 4D hanya boleh buat masa kandungan 20 weeks - 28 weeks sahaja.. sebab time tu.. ruang masih banyak dan air ketuban pun ok lagi
so hidung yang kembang tadi tetiba terusssssss kempisss balik..
aduhhhh laaaa haiii... tapi disebabkan dah sampai .. so nak tak nak aku merelakan jugak laaaa duit aku terbang dengan hanya scan 2D ajer...

FRUSSSSTTTTTTTT GILAAA OOOOO..  sebab baby aku sekarang dah 37 minggu...
Warggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!!!

Khamis, 21 Oktober 2010

::... KONTRAKSI BRAXTON HICKS..::



Euwwwwww...
dah 4 hari rupanya aku tak masuk opiss...
kan 3 hari aku dapat MC..
dan harinie aku terpaksa sambung cuti..
terpaksa juga aku ambik cuti tahunan aku yang hanya tinggal beberapa hari ajer

habiss nak wat camnaa..
setiap malam aku tak boleh nak tido
perut asyik mengeras..
nak kata kontraksi dan nak bersalin.. tak laa plak..
dan yang paling aku tak tahan sesangat..
bila perut aku mengerass mulaaa laaa.. aku rasa sesak nafas
susah betul aku nak bernafas
nasib baik jugak laa en.din ada.. bleh tolong urut-urut belakang
sakit tu.. sampai aku tertidddooo

Tapi semalam memang aku dah gila cuak dah
tengahari..
tetiba aku rasa kontraksi yang sangat kerap
dan vagina aku pun dah rasa sakittttttttt sangat.. pinggang jangan cakap laaa
pergghhhh rasa cam nak patah..

dan tadi bila aku duduk dediam..
aku search laa dekat internet.. Tanda-tanda awal bersalin.. ( dah lupa tanda nak bersalin )
sekali aku terbaca satu artikel nie..
apa yang tertulis tu.. ada kena mengena dengan situasi aku sekarang nie

Rupanyaaa kontraksi yang aku alami sekarang nie
di panggil KONTRAKSI BRAXTON HICKS.

 
Apa itu Kontraksi Braxton Hicks (BH)
  • Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
  • Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
  • Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
  • Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana rasanya kontraksi braxton hicks ini?
  • Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang berasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
  • Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
  • Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.(yupp yang ni aku tengah laluinyaa… )
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa yang membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara BH dan tanda sebenar kelahiran. Antara perbezaannya ialah:

  • Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
  • BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  • Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yang menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.
Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH
  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH.
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Sumber:http://www.alamhamil.com/

Selasa, 19 Oktober 2010

::..36 Weeks..::

Hari nie aku dah 36 weeks...
jadi bermakna lagi 3-4 minggu ajer lagi
dup..dap..dup.. dap..
Berdebar hati ku.....
hahahahahahhah

pagi tadi aku ada appoinment dekat HPJ
ermmmm... alhamdullilah..
BP semalam yang mencanak naik
harinie dah kembali normal..
syukurrr...

urine pun normal... cuma yang tak besttt tu.. HB aku low laa plak
tadi check HB.. 10.8 aje...
alhamdullilah tadi scan baby sihat..
kepala sudah turun ke bawah.. cuma belum betul-betul engaged
uri pun dah berada dikedudukan yang sepatutnyaaa..
tadi masa nak scan .. tetiba ada contraction dengan kerapnyaaaa
aku dah suspen sebab doc nak 'seluk' tengok 'jalan'
dan dengan muka yang cuak.. aku cakap dengan doc.. enggak mau..
kalau boleh biar sakit dan  ada tanda-tanda keluar
kalau dah seluk menyeluk.. alamatnyaaa bleeding ajer laaa

errrmmm haritu aku citer berat bb 3.2 kg kan..
tadi masa scan.. doc kata berat bb dalam 2.8 kg ajer...
kalau nak tunggu lagi 3 minggu
rasanyaaa berat bb kali nie cuma dalam 3.0 kg ajer laaa
maknaaanyaaa bb kali nie lagi kecik dari abang-abangnyaaaa laaaa
JANTINA..
jangan ditanyaaa.. aku sendiri pun konfiuss
2 kali aku scan dekat KK, kata GIRL
sekali tu aku scan dekat swasta doc tu kata BOY
apa-apa ajer laaa malas nak fikir..

dan tadi masa nasib baik doc bagi aku peluang..
kes
result BSP aku minggu lepas tak berapa baik
memula pagi tu.. aku buat result 4.2..
so lepas tu nurse suruh makan.
yang aku plak dengan cannntttiiikkkknyaaaaa telah makan
bee hoon goreng + sebiji kuih koci
masa pukul 11.. result BSP aku.. terussss mencanak ke angka
8.1 mmol
jadi minggu depan aku kena repeat sekali lagi BSP
kalau result still tak ok..
maka dengan itu merasailah aku kena INSULIN


Isnin, 18 Oktober 2010

:... NYARIS-NYARIS..::

Perghhh nyaris-nyaris dah ...
kalau aku tak cool + relax petang tadi
memang aku akan dapat sekali lagi
PERCUTIAN di  HOSPITAL
dengan pakej MENAIKI AMBULANS

KES!!!!

Tengahari tadi.. entah kenapa tetiba
aku pening + kepala aku tetiba berdenyut-denyut..
dengan sepantas kilat ler
aku berdezzzzzzuuupppppppppp
pergi klinik.. takut gak aku
apa jadi kang..

semalam... baikkkkk punyaaa aku 'TALE' sup GEAR BOX..
haaa KO ADA...
dah lama aku tak makan benda-benda yang melibatkan lemak-lemak tepu nie
entah kenapa semalam bleh plak aku rasa dalam mangkuk en.din..
bukan banyak sangat pun aku makan tapi...
result nyaaa sunggguuuuuhhhhh ccaaaannnnntttiiikkkk..
lagi pun kan aku citer lately nie aku
tak berapa boleh nak tido malam.. ISOMINIA

Tengahari tadi di klinik doc check BP......
dengan bacaan 160/90..
jangan kata doc.. terkejut..
dengan aku-aku sekali tergamam.. perghhh nie kalau aku g c/up hospital
conformmmm.. terusssss kena g register ward..
tak dek tunggu-tunggu lagi..
dan lagi sadisss.. entah-entah aku kena induce terus...
so tadi doc suruh aku relax dekat bilik prosedur dulu billik tu dulu sebelum doc nak buat repeat BP
selepas setengah jam aku relax... bila repeat BP 126/80
alhamdullilah.. walaupun bawah tu tinggi
dan kini aku di suruh relax dan diberi MC selama 3 hari...

so.. disebabkan esok aku kena menyerahkan diri di hospital
untuk c/up..
adalah lebih baik.. aku rehatttttt.. tidooo awal
mintak-mintak ler esok BP aku kembali normal.......

DAH TAK MAU KENA INDUCEEE.. SAKIIIIITTTTTT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 17 Oktober 2010

:.. ROSELLE..::



ini lah bunga Roselle..
sekarang nie.. roselle dah jadi minuman kegemaran kitaorang kat umah nie
kalau nak minum air manis..
dah tak bancuh dah ribena, sirap, oren lagi dah
bunga roselle nie aku dapat dari member aku dekat opis.
kebetulan dia tanam dekat belakang umah..

Aku bukan ajer buat kordial ajer..
bunga dia tu boleh di buat jem jugak.. sedap.. rasa masam-masam..
anak-anak aku pun suka..

Ini aku ada google khasiat bunga roselle nie..


KHASIAT BUNGA ROSELLE

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Sabtu, 16 Oktober 2010

::... LAIN YANG DISURUH .. LAIN YANG DI BUAT..::

Dah lama kan.. tak citer pasal budak-budak nie kan
nak citer camne kalau dah lama tak update blog kan... lagi pun budak-budak nie dah besar
dah macam-macam ragam
bila yang sorang buat hal. yang sorang lagi pun sama laaa
sama naik...
nie nak citer sikit...
macam mana laaaa ummi dorang nie suara tak jadi HALI LINTAR
macam MAK SI DOTTIE tu kan...
tengok laaa tu


haaaaa agak-agak  si haziq tengah buat apa tu...
adakah dia tengah mencium buku dia tu
ataupun
dia tengah menghafal apa yang ada dalam buku tu...
meh sini aku close up sikit


TIDOOOO ok....
haaaaaaa macam nie laa selalu
asal weekend aku suruh baca buku ajer.. benda nie laa yang akan terjadi
selalu kalau aku suruh baca buku atau ulangkaji pelajaran, dia akan terus masuk bilik...
lama ok dia duduk mentela'ah dalam bilik...
yang tukang report si kecik nie laaa
aiman laa selalu jadi spy apa yang haziq buat
nanti bila dia datang laa cakap dengan aku
"abang tak baca buku ... abang tido"..
Nak buat macam mana lagi laa dengan si haziq nie ...nak kata aku paksa sangat dia study tak jugak.. Ada satu hari tu, aku suruh en.din ajar dia matematik dengan menggunakan duit syiling.... haaa nak tau apa jadi malam masa tido.. tetiba aku dengan dia menangis teresak-esak.. bila aku tanya kenapa?........
Dia kata... DUIT SYILING.. BABAH MARAH...
Entah bilaa laaa plak en.din marah time
ajar dia tu.. angin jer aku

Nie bila aku suruh buat latihan kerja sikit..
terus tido.. dah laaa minggu depan ada
EXAMMMMM

HAZIQQQQQQQQ BANGUNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:.. PERGHHH... BERAT..::

BERAT..
SEKARANG SEMUANYAAA BERAT....
TAK ADA YANG BERAT MELAINKAN BERAT....
PUSING KIRI BERAT..PUSING KANAN BERAT..
TERLENTANG.... PERGHHH LAGI NAMPAK BERAT.....
BERAT MATA YANG MEMANDANG
BERAT LAGI PERUT AKU YANG MEMBAWA..


Khamis, 14 Oktober 2010

:: 35 weeks..::

dah lama tak update blog nie..
tak berapa nak ader mood laa sekarang nak mengarang cerita..
walaupun cerita banyak sangat yang nak di ceritakan...

Alhamdullilah sekarang kandungan aku dah masuk 35 minggu +++ ..
so bermakna lagi lagi 4 minggu ajer aku nak bertarung dalam labour room nanti
mengandung kali nie lagi banyak karenahnyaaa dari sebelum nie
dulu masa mengandungkan haziq.. aku cuma terlebih berat badan ajer...
masa aiman plak.. aku kena cronic hypertention...
dan yang nie plak.. aku disahkan ada diabetes...
perghh complite semua ada untuk 3 kandungan...........
Lepas raya haritu .. aku kena admit ward masa kandungan aku 33 minggu
kes?
sebab baby kurang movement..
so dapat ler aku bercuti selama 3 hari 2 malam di HPJ..
bestt sesangat.
masa dalam hospital.. doc dah bagi aku injection matangkan paru-paru baby
sebab doc kata kemungkinan aku akan deliver awal..
tapi alhamdullilah. lepas tu bila doc buat CTG.. baby gerak ok..
rupanya baby nie kuat tidoo..

tapi alhamdullilah now baby dah gerak dengan sangat rancak
sampaikan nak tido malam sekrang nie aku dah tak berapa nak lena
.. dah dekat seminggu jugak aku tak dapat tido.....................
tak selesa 
mungkin jugak sebab perut dah besar kot..
masa doc scan .. doc kata baby dah berat dekat 3.2 kg...