Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 28 Oktober 2010

::...TANDA-TANDA BERSALIN... 37 WEEKS..::

Disebabkan minggu nie aku dah 37 minggu.. so aku dah kena berhati-hati dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.. yer arrr.. dari 3 minggu ajer lagi.. tapi dari pengalaman 2 orang yang lepas, selalunyaaa aku bersalin 39 minggu ++.. maka.. lagi 2 minggu ajer lagi... so far kontaksi memang dah ada.. tapi tak kerap.. on/off ajer..  kekadang tu ada laa jugak rasa sakit bawah ari-ari dan pinggang.. tapi itu mungkin kontraksi braxton hicks yang pernah aku citer kan dulu... so tunggu ajer laaa kan.....


Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.Bayi turun ke bawah.Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. 
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
  • http://ratuhati.com 

2 ulasan:

aNa SuZaNa berkata...

waaaa.. nak ada newborn.. bestnyeeeee

Emy Omar berkata...

Semoga semuanya selamat Shima..