Nuffnang

Nuffnang

Ahad, 17 Oktober 2010

:.. ROSELLE..::



ini lah bunga Roselle..
sekarang nie.. roselle dah jadi minuman kegemaran kitaorang kat umah nie
kalau nak minum air manis..
dah tak bancuh dah ribena, sirap, oren lagi dah
bunga roselle nie aku dapat dari member aku dekat opis.
kebetulan dia tanam dekat belakang umah..

Aku bukan ajer buat kordial ajer..
bunga dia tu boleh di buat jem jugak.. sedap.. rasa masam-masam..
anak-anak aku pun suka..

Ini aku ada google khasiat bunga roselle nie..


KHASIAT BUNGA ROSELLE

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

3 ulasan:

mysha berkata...

aKak sha Baru Mandikan Imad dgn aIr rOseLLe nih.. org kata ELok.. Elak deMam Kuning hehehe

Emy Omar berkata...

Shima,kita pun suka minum roselle ni especially bila dah tau kandungan khasiatnya kan

Shida Karim berkata...

hihiihi.....same lak entry kite. dapat roselle pon dari org yg same.. hahha..!!