Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 22 Julai 2010

:... MD ZAHAR.. dalam kenangan ..:: PART 2

::.... 1 Jun 2010....::


Abah admit ward sebab.. abah kena buat scan MRA.. sebab doktor nak tengok keadaan kerosakan buah pinggang abah... .. kalau nak diiukutkan prosedur.. abah hanya akan di tahan dalam ward selama 2 hari sahaja.. tapi disebabkan kaki dan abah membengkak dengan air.. so doktor terpaksa tahan abah sampai air dalam badan abah kurang.... dan masa dalam ward alhamdullilah.. keputusan MRA abah tak perlu buat dialisis.. sebab abah boleh kencing dengan elok seperti biasa... kaki abah yang bengkak pun dah mengecut.. dan perut abah yang buncit tu pun dah kempis sikit..



kaki abah yang dah mengecut


setelah 12 hari.. sepatutnyaa abah dah boleh keluar ward.. tapi lain plak yang jadi... hari yang ke 12 (ahad) tu laa tetiba abah sesak nafas.... bila doktor buat CTG... doktor suspek abah ada JANTUNG.. dan kuman dah merebak ke paru-paru abah.. dan doktor sarankan supaya abah dipindahkan ke bilik ICU.. untuk rawatan rapi .. dan doktor takut kuman akan merebak ke kepala. dan petang itu jugak abah di tolak ke bilik ICU..




keesokan harinyaa... keadaan abah nampak stabil .. tapi kuasa tuhan .. setelah 3 hari dalam ICU.. doktor kata abah terpaksa dialisis.. sebab keadaan jantung abah yang tak stabil di campur dengan keadaan kuman yang makin serius... so pagi rabu.. doktor dah berbincang dengan abang enal (abang aku yang pertama).. yang doktor terpaksa tebuk di pangkal peha abah untuk buat dialisis.... dan tak disangka-sangka petang selepas abah buat tebukan di peha... tiba-tiba keadaan abah menjadi semakin kritikal..tiba-tiba abah jadi seperti orang yang kurang siuman.. dengan meronta-ronta... kami difahamkan yang oksigen tak sampai ke kepala... doktor pun tak boleh nak buat apa-apa melainkan koma kan abah.. dan masukkan oksigen terus kedalam paru-paru abah dan terus buat dialisis sekali... doktor kata abah akan di koma kan selama 48 jam.. (2 hari).. untuk abah betul-betul stabil pernafasan dan doktor jugak masukkan ubat antibiotik untuk matikan kuman di paru-paru abah..Doc kata kalau abah kuat mungkin abah akan sedar.. tapi kalau sebaliknyaa terpaksa berserah kepada TUHAN..


Ya Allah .. tak sampai hati aku nak tengok abah ... seumur aku hidup .. aku tak pernah tengok abah menangis.. walaupun masa atok dan mak nah meninggal.. setitik air mata pun tak gugur ke bumi.. tapi semalam... tak berhenti-henti air mata abah mengalir... mungkin abah sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat.



keadaan abah dalam ICU, koma

setelah 48 jam.. abah masih belum sedar jugak.. kami hanya mampu berdoa dan berharap semoga abah cepat sedar.. dan yang paling aku kesian sangat dekat mak.. keadaan mak sangat terganggu.. asyik menangis ajer.. macam-macam kata-kata perangsang kami adik beradik berikan seupaya mak tabah.... di samping berdoa.. kami juga ada juga buat bacaan yassin untuk abah sembuh... alhamdullilah sangat... dalam masa abah dalam keadaan koma.. abah ada respon.. tangan dan kaki abah akan bergerak bila kami bercakap dan usap tangan abah....



setelah 2 minggu abah koma... alhamdullilah.. abah telah kembali sedar semula... walaupun dalam keadaan yang sangat lemah.. tapi abah mampu tersenyum..

3 ulasan:

A.I berkata...

Allahuakhbar!! mcmni rupanya segala2nya berlaku..nk msk wat utk buat MRA, trus jadi camtu ye..

Shima, kau kene banyak2kan sabar tau. kuatkan semangat kau demi mak. Kau kene tunjukkan kau tabah..sama cam aku dulu :(

Ruziawati Bukhari berkata...

AL-FATIHAH BUAT ARWAH.. KITA DOAKAN DIA TENANG DI SANA SHIMA..

U KENA KUAT SEMANGAT.. U TGH PREGGY.. TAKE CARE OK?

Shida Karim berkata...

kak... arwah ayah org pon cmni gak kak. sakit buah pinggang.. arwah ayah x lame pon dok hospital, 5 ari je.. ajal dh sampai. kite yg hidup ni, kne la byk sbr dan tabah. al-fatihah buat arwah....