Nuffnang

Nuffnang

Khamis, 17 Jun 2010

::HaTi PuLa MuLa SaYu..::

salam....


abah dah masuk wad dalam 15 hari.. punca masuk sebab nak wat MRI ajer.. nak tengok buah pinggang ajer.. tapi terpaksa ditahan sebab kaki bengkak dan ada kuman dalam badan. masuk hari yang ke 12 , pernafasan abah dah tak elok.. dan doc kata itu berpunca dari keadaan jantung abah yang lemah dan juga kuman dah merebak ke paru2. so hari tu abah ditolak ke wad RICU untuk pemeriksaan rapi..hari isnin dan selasa.. keadaan still lemah tapi nampak dah ok sikit..

semalam.. petang mak telefon kata..tetiba abah meracau.. yaAllah.. masa aku tengok abah masa tu... SEDIH sangat. kaki dan tangan abah di ikat.. sebab abah dah meronta dan abah dalam keadaan yang kurang sedar..ini adalah disebabkan oksigen dah tak sampai ke KEPALA..

Pagi tu abang enal ada call aku.. nak bagi tahu yang dia dah sign borang untuk abah buat dialisis.. tapi sebelum tu doc terpaksa tebuk dulu untuk buat saluran dekat pangkal peha abah untuk stabilkan jantung abah dulu.. sebelum buat dialisis.. tapi tetiba masa tengahari tu.. keadaan jadi semakin teruk bila abah terus meronta-ronta dengan keadaan yang tak sedar.

dan semalam jugak doc terpaksa masukkan tiub dalam paru-paru abah untuk masukkan oksigen dan skrg keadaan abah adalah dalam keadaan KOMA.. dan semalam jugak abah terpaksa jugak di buat dialisis... Doc kata kalau abah kuat mungkin abah akan sedar.. tapi kalau sebaliknyaa terpaksa berserah kepada TUHAN..

Ya Allah .. tak sampai hati aku nak tengok abah semalam... seumur aku hidup .. aku tak pernah tengok abah menangis.. walaupun masa atok dan mak nah meninggal.. setitik air mata pun tak gugur ke bumi.. tapi semalam... tak berhenti-henti air mata abah mengalir... mungkin abah sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat.

errmmmm tapi sebelum abah tak sedar tu... ada sesuatu yang abah nak cakap... APALAH YANG ABAH NAK BAGITAHU ?....

2 ulasan:

Emy Omar berkata...

Sabar la Shima..setiap yang berlaku itu ada hikmah..sama2 la kita doakan yang terbaik untuk abah awak ye

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

salam dear.. semoga selamat segalanya.. insyaAllah...

klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...