Nuffnang

Nuffnang

Jumaat, 29 Mei 2009

::.... BeRTuaH BeTuL KaN..::


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka....... Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi ' kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya... Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. . Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illalLah ' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah ' Laa ilaaha illalLah ' , kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Isnin, 25 Mei 2009

:..uLaNs... Ummi aKit uLaNs..::

huhuhu.. aku tak sempat lagi nak mengupdate citer citer pasal anak-anak aku.. banyak benda nak cerita .. aku kan... MiNaH KePoCHi..... huhuhuhu... hahahhahahaha........... so citer citer tu haruslah dibekukan lagi.. nie pun aku ader masa tercuit sikit.. aku apa lagi... terus pala otak aku nie ligat memikirkan apa akku nak citer.........
weekend cam biasa.... tak ader yang menarik... sebab minggu nie En.Din merajinkan diri untuk bekerja.. rebut OT ko... kalau tak.. ermmmm harammmmmm dia nak gi kerja .. aku pun tak bagi dia pergi kerja.... buat perabihkan duit minyak ajer.. kalau ader OT nie... otomatik laaa mulut akuk diam kan...

semalam tetiba petang.. perut aku kembali sakit..... pelik betul... dari pagi aku makan.. tak tinggal langsung.... pendek kata makan..makan...makan..... siap dengan pencuci mulut lagi aku buat semalam....... tapi bleh plak perut aku nie sakit lagi... konfiussss betulll... tapi aku bukan nya nak citer sangat pasal perut aku nie... tapi aku nak citer pasal si Aiman tu..... masa malam sebelum nak tido.... dia tanya aku......


aiman : "ummi naper ummi... "

aku : " ummi sakit laa man.."

aiman : " aaaaa ummi akit..... ULANS.. UMMI AKIT ULANS.."

aku : " abang .. adik cakap apa tu "... (serius aku memang kekadang tu tak faham apa aiman cakap.. so penterjemah .. adalah Haziq.. )

haziq. : " adik cakap.. AMBULANS UMMI SAKIT AMBULANSSS.."


aku apa lagi terbahak-bahak laa gelak.. seriuss bagi aku kelakar... secara spontan ayat tu kuar dari mulut aiman.... tapi apakah kaitan perut aku yang sakit tetiba anak aku panggil ambulans kan.. tu laa mak aku kata.. 'kemana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan nasi..'

Jumaat, 22 Mei 2009

::... FuhhhhhhhhhhhhhhhFuHHHHHHHHHH..::

fuhhhhhhhfuhhhhhfuhhhhfuhhhhfuhhhhfuhhhhfuuhhhfuhhhfuhhhhfuuhh
fuhhfuufhhhfuffffhhhhhffffffuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhffffuuhhhh
hikhikhikhikhikhikhihik.....
jangan salah faham plak.... aku bukan tengah menjampi tau............
tapi aku tengah dok sapu sawang..... banyak tulll sawang dah haaaaaa........
lama betul aku tak kemas blog aku nie.......
aku tak sihat laaa....... GASTRIK telah datang kembali... menjenggah kawan lama........ maka nya... aku telah mendapat 2 hari MC... sakit kali nie.. uiiiii makkk aiiiii sakit gilaaa. sampai nak makan pun tak bleh.. kalau masuk ajer makanan gerenti perut aku bertambah sakit dan aku akan muntah........... so aku kini telah kembali berkawan baik dengan NASI... tapi bukan nasi biasa.. aku hanya bleh telan nasi bubur ajer.... tanpa lauk pauk yang enak.. cuma bubur dan garam sahaja............. MESTI PELIK KAN.... BADAN GOMOK PUN LEH KENA GASTRIK..... huhuhuuuh.........................................
aku banyak citer tau.. tapi lom ader kesempatan lagi.... nanti laa ek... bilaa aku senang kang aku tempek citer aku...

Rabu, 13 Mei 2009

::... KeNDuRi KaWiN @ KeNDuRi PoToNG JaMBuL..::





AWASSSS... ENTRY INI AKAN MENGILA DENGAN PICCAS... HARAP JANGAN TERMUN....

nie kira citer lama.... disebabkan tak ader masa ... citer nie terpaksa ditangguhkan dulu... nie citer masa abang aku buat kenduri untuk baby baru dia tu.. saper lagi kalau bukan si Hannan Aisyah........ Hannan lagi........ itu ayat si haziq.... "ummi nie asyik hannan ajer....."..... uik jelous ker kan.... gitu... kalau budak aiman tu.. dia tak jelous laa plak... tapi kalau dengan baby yang lain.. uihhh jangan harap laa aku leh nak dukung... di tepuknya 'pungkok' aku nie....


tapi kira dasyat gak laaa.. aiii mentang-mentang laa dapat fisrt baby girl... majlis nya macam dah buat kenduri kawin laa plak kan....... (adakah itu ayat jelous) dua hari ko majlis berlangsung.... malam sabtu tu.. kira majlis tahlil dan bacaan doa selamat dan ahad nya plak.... majlis potong jambul....... tetamu masa hari ahad tu ajer ada laa dekat 200 orang .... kira meriah gak laaa.... so saksikan laahhhhh piccas disekitar majlis nie..... dan menu hari tu adalah nasi minyak.. ayam masak merah.. rendang daging..dalca .. buah-buahan dan kuih-kuihan........


PICCAS HARI SABTU





KEK COKLAT KU.... YUMMMMM

MENU MALAM YANG RINGKAS


TUAN TANAH






PICCAS SEKITAR HARI AHAD




dah lama aku tak tepek piccas aiman


wajah kesayangan hamba







mama hannan dan kembarnya


piccas aku dengan hannan haruslah ada kan
...
mak aku!!!!









piccas terselit.....


aku dapat award dari member induksi ku.. .IZA KASMIZA KASMIJAN .... kepada pengunjung blog aku nie... sila laaa ambik dan tepek dekat blog/FP korang ek.... orang memberi kita merasa... sebab mak aku kata... kita kena sentiasa buat baik dengan orang disekeliling kita.... "yer mak akan orang ingat segala nasihat mak pada orang tu..."

Isnin, 11 Mei 2009

:... MaK aKu KaTa..::

Adalah hari nie aku tak berapa nak ader story untuk aku story morry dekat korang dan blog aku nie... ari nie jugak aku banyak kerja... biasa laa kan hari nie kan ISNIN... nak lagi petang nie boss aku ader meeting dengan Menteri.. maka Nyaaa.. haruslah aku menyiapkan folder-folder yang ado....... hari nie.. dalam pala otak aku cuma teringat kata-kata mak aku.......
korang nak tau tak apa mak aku pesan..

MAK AKU KATA....
BIAR ORANG BUAT KITA JANGAN KITA BUAT ORANG....
MAK AKU KATA LAGI.....
BIAR ORANG DENGKI DENGAN KITA JANGAN KITA DENGKI DENGAN ORANG
ehhhhhh.. apa mak aku kata lagi ek... tetiba aku lupaaaa.......

Jumaat, 8 Mei 2009

::.. SeLaMaT HaRi IbU..::



KHAS UNTUK IBU-IBU DI SELURUH MALAYSIA... DAN PALING ISTIMEWA UNTUK MAK AKU.. HAJJAH WAN HASNAH BINTI WAN YAACOB...






Khamis, 7 Mei 2009

::... HaBiH CaMNo..::


aku betul-betul tak sangka.. terkejut.. tergamam.. terkesima...... SEBAB bila aku melihat stroller nie...... bagi aku stroller nie sungguh cantik......... sekali...........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU TERTIPU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rupanya.... PET STROLLER..... huhuhuuhuhuuhu

akhirnya aku nak citer sebelum tu aku nak wakakawakakakwakakkakawakkakkaaaaa alkisahnya ...hari jumaat masa labour day tu.. aku keluar gi jalan-jalan dekat Mines.... aku masuk entrance yang betul-betul depan kedai PET SHOP.... memula tu aku pelik gak.. naper dekat Pet shop nie ader jual stroller........ bila aku kebek-kebek.. terteraaa laa tulisan di satu kertas itu.....

PET STROLLER RM 399.00

so.... macam mana korang nak nilaikan..... makhluk Allah yang satu nie pun pakai gak stroller cam gini........ adusssss cam-macam sungguh laaa.....

Jumaat, 1 Mei 2009

::..PhoToG BeRsaMa HaNNaN AiSYaH..::


ini lah dia.... yang dinanti-nantikan... actually aku dah publishkan pada 23 April ari tu.. tapi atas permintaan Juru Photog.. so terpaksa laa aku holdkan dulu ......


nie kira hadiah dari aku untuk baby hannan..... puas hati laa dengan hasil kerja tangan yuzieamir nie.....so kembali laa saksikan HaNNaN AisYaH....actually
aku nie kira menyibuk ajer.... sesuka....lagi pun aku sebenarnya ader misi... hehehehhe.. misi itu adalah rahsia............tapi aku guna kamera murah ajer.. tak pakai DSLR pun...... thank's a lot to Yuzie....kalau korang nak tengok pic yang yuzie dah edit beautkids.





si Comeii HaNNaN AisYaH

suka arr pic nie...

Hannan tenung apa tu !!


opss..opsss.. time nie Hannan nak jatuh...

dah cam angel lak niece aku nie

si debob

besar nyaa mata hannan

perghhhh seksi mata dia

time nie mama terpaksa lap kain baldu tu.. sebab hannan dah shi..shi