Nuffnang

Nuffnang

Jumaat, 20 Mac 2009

::.. Ko NaK TaHu aPa YanG aKu Nak...::

aku telah di TAG oleh AIMI .. sekali lagi.. kira banyak lagi TAG yang aku tak buat lagi nie.. tapi aku buat yang nie dulu.. yang lelain tu nanti ek... hehehehe I'M SORRY.....

The Rules:-
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours

aku nak mulakan sekarang.. apa yang aku nak kan… dalam versi VERANGAN………kalau dapat alhamdullilah.. AMIN…

Bismillahirahmanirahim……..

1. aku berdoa pada Yang Maha Esa, supaya aku dikurniakan kesihatan yang baik. di panjangkan umur agar aku dapat melihat anak-anak aku membesar, sentiasa bersama orang yang aku sayangi dan sentiasa dimurahkan rezeki .

2. aku teringin sangat.. nak buat kek sendiri pada hari jadi aku nanti.. tapi bukan versi yang biasa.. tapi yang versi cam beli dekat kedai.. ada topping.. ada segala benda mak neka dekat atas kek tu..tapi bukan untuk birthday aku saje.. tapi untuk semua family aku.. aku nak buatkan kek… perghhhhhh HEBAT……

3. Kalau bolehlaaaa… aku teringin sangat nak bawak MIL dengan FIL aku pergi buat HAJI.. tapi kalau aku tak mampu at least aku nak bawak dorang pergi UMRAH.

4. Kalau boleh aku nak En.Din buat kejutan yang paling HAPPENING dekat aku masa birthday aku…. Sebab En.Din tak pernah sekali pun dia buat apa-apa special untuk birthday aku.. KESIAN KAN AKU…dan kalau boleh gak aku nak masa surprise PARTY tu … En.Din bagi aku sebakul Bunga ROS yang berwarna MERAH dan PINK…. HEAVEN….Oohhhhh so sweet….hadiah tak ada pun tak per….


5. Haaa yang nie masuk versi verangan …… aku nak sebuah banglo.. ader orang gaji… perabot jati… nak pakai kereta at least NEW ASTIMA .. dan dekat rumah tu siap ader swimming pool.. senang anak aku nak terjun dalam kolam tu…

6. Tetiba En.Din kata……”ummi … jom pergi honey moon dekat BALI… hanya kita berdua…”… ohhhh alangkah…… perghhhhh….. tapi sanggup ker aku tinggal 2 hero aku.. semata-mata aku nak berseronok dengan En.Din.. ohhhhhh nanti aku fikirkan.. hahahahha

7. Dan aku berdoa sesangat.. semoga anak-anak aku nanti menjadi anak yang soleh dan solehah… bleh menjaga kami bila kami dah tua nanti…

8. Ohhh yang nie aku wishhh sesangat…. Semoga dapat memperbaiki dapur dan tandas rumah MIL aku tu… ( huhuhu aku nie jenis demand bila nak masuk toilet ok… tak suka yang jenis cangkung.. coz.. peha aku kan besar.. lengoh… hahahhahahah siut ajer kan…)

9. Semoga aku sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang aku sayangi.. walau dimana aku berada……

10. Semoga aku dengan En.Din.. sentiasa bersama.. sayang menyayangi sehingga keakhir hayat kami.. kalau boleh sehidup dan semati.. gitu…….

Habih….. aku raso tak ado sapo aku nak tag… cian dekat korang nanti…

Tiada ulasan: