Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 12 November 2008

MiNi KoNvO TaBiKa/TaSka JPM....

Semalam kan aku ader citer pasal konvo haziq tu kan.... so hari nie aku nak tempek gambar-gambar yang aku snap... tapi sebelum tu aku nak laa Berterima kasih banyak-banyak pada cikgu-cikgu dekat Taska tu... sebab mendidik dan mengasuh anak-anak aku.... aku bangga sesangat... sebenarnya aku masukkan kan haziq dekat taska tu masa umur haziq 4 tahun.. sebelum nie aku hantar anak aku dekat rumah pengasuh... first day haziq masuk sekolah yang paling aku tak boleh nak lupa .. masa tu cuti sekolah.. jadi sekolah tu tak belajar yang ada aktiviti time tu cuma menyanyi dan menari.... masa aku hantar haziq pagi tu... dia macam tergamam dengan suasana dekat taska tu..... pastu bila aku nak keluar.. haziq dah mula 'meraung'... aku pelik gak... apa hal nak mengamuk plak kan... tetiba haziq kata "ummi abang tak nak sekolah nie.. abang datang sekolah nak belajar bukan nak menari cam nie..jom laa balik".... ooo baru laa aku faham .. dalam fikiran dia kalau ke sekolah.. aktiviti adalah 'BELAJAR'.....bila cikgu dekat situ dengar terus dia bawak haziq masuk kelas dan bagi kertas dan pensil..... memang aku akui.. aku hantar haziq kira dah lewat.. kenapa aku kata lewat.. sebabnya budak-budak sebaya dengan haziq yang belajar dekat Taska tu dah boleh membaca.... dan disebabkan itu jugak.. exam haziq yang corot sikit... tapi ada yang corot lagi laaa kaa.... dan haziq masa tahun pertama dekat sana.. aku selalu terima aduan dari cikgu-cikgu dekat sana ... Haziq seorang budak yang pasiff... setiap apa yang cikgu suruh semuanya dia tak nak buat.. uhhhhh.. seriau jugak aku... kenapa plak anak aku jadi cam gitu... mungkin jugak masa dia duduk dekat rumah pengasuh terlalu lama dan dekat rumah pengasuh tu tak ada apa-apa pendedahan untuk perkembangan otak haziq time tu.. tapi aku usaha kan jugak biar dia bergaul dengan orang-orang luar.... tapi bila terlalu banyak sangat pendedahannya.. haaaaa kau ambik.... sekali dia menyoal tak terjawab akuk dibuatnya.,. tapi tak salah budak jugakkan .. time nie lah budak-budak nie tengah nak belajarkan.. tapi disebabkan aku nie ada 'BARAN ' sikit.. kekadang tu aku jawab elok lagi.. tapi kannn bila dah banyak sangat.. mula laaa temperature aku naik gak..... cian abang dapat ummi cam ginikan... tapi ummi sayang abang tau.. hehehehehehe.... tapi exam kali nie aku rasa cam bangga sesangat dengan haziq.. walaupun kedudukan dalam kelas menurun tapi peratus markah . meningkat.. daripada 923% ke 957%.. kira naik laa kan peratus dia tukan..
tapi sebelum buat persembahan... ibu/bapa ada sessi dialoq dengan pengerusi dan penyelia taska.. macam-macam usul yang diusulkan oleh ibu bapa... tapi yang aku rasa macam ... entah laa aku nak kata apa.. sebab bukan jadi dekat anak aku.. tapi nilai kan sendiri laa .... ada satu parents nie.. dia kata.. dia selama nie tak pernah hantar anak dia dekat mana-mana taska atau tabika sebab anak dia masih menggunakan 'PAMPERS'... .masa parents tu bercakap aku ingatkan anak dia umur 3 tahun.. tapi aku pelik jugak kalau 3 tahun memang kebanyakkan budak-budak gunakan pampers.. tapi rupanya anak dia umur 5 TAHUN... sebaya dengan haziq.. tapi tulah.. aku tak leh nak comment .. itu hak dia.. dan itu adalah anak dia.... dan ada parents tu plak cakap anak-anak nie tak perlu sangat nak persaingan dalam sekolah.. sebab umur macam budak -budak nie hanyalah perlu keseronokkan bukannya pelajaran yang membeban kan otak budak-budak nie.... entah lah.. bagi aku aku tak setuju dengan statement parents tu.. sebab nya.. sekarang nie bila masuk darjah 1 bila budak-budak tak tahu membaca... budak-budak nie akan ketinggalan.. memang laa umur antara 5 - 6 tahun nie masih kecil dan perlukan keseronokan tapi dalam masa yang sama.. mereka juga perlukan pendidikan untuk masa depan.. masa nie laa kita nak memupuk mereka dengan pelajaran.. tak perlu yang susah-susah tapi at least budak-budak ni tahu macam mana nak membaca.. mengeja.. dan mengira...

masa konco semalam aku rasa seronok.. kelakar dan terharu... fisrt seronok sebab aku tak sangka anak aku boleh menari.. tapi tak ubah sebijik macam tarian 'Pak ma'on' kelakar gila.... pastu yang aku rasa terharu tu... bila aku tengok budak umur 3 tahun buat persembahan.. kira diaorang nie alert dengan setiap apa yang cikgu-cikgu tu ajar...

antara persembahan kanak-kanak 3 dan 6 tahun

**********************************

Muhammad Haziq Irfan a.ka Pak Ma'on.... hehehe

anis.. balqis.. ( anak buah aku).. haziq.. aku suka dengan anis tu.. comeiii geram aku....

En.Din dengan anak bujangnya yang buncit...

orang kata haziq nie fotostat aku... yer ker? dan anak aku kan..

***********************************kami......

Persembahan kanak-kanak umur 3 tahun.. kelakar....

5 ulasan:

ai berkata...

wahhh...cerdik Haziq! sonokkan bila anak dpt keputusan yg kita nak? kita pon tumpang happy bila tengok dowang happy..:)

wei, mcm bagus lak tadika JPM ni..first time dengor.

ai berkata...

shima..apesal aku takleh linkkan ngko yek? pelik aku..huhuhu

lieya_latif berkata...

AKAK....gelak guling2 tgk budak2 ni nyanyi....comel dan kelaka laa step dieorg joget hahahahaahaha...


alahai kak, comelnye haziq...letak le video die plak....nak tengok jugak....kemain ensem lagi anak en din berspek itam...ala2 kasanova gitu ....auwwwwwwwwwwwww!!!!!!

mysha berkata...

ala akaK satU jer geLang patah ok la tuh...

Big Mamma Bukhari berkata...

tahniah haziq.. wah! bagus keputusan exam haziq ni.. aunt tabik arr.. kak nor tak tahu lagilah keputusannya.. belum dpt report kad.. abang adib pulak setakat ni bm -penulisan & pemahaman, bi, sc, seni visual, dpt A.. Math C.. Arab C.. yg lain belum dpt lagi.. buku rekod pun tak dapat jugak.. haziq belajar rajin2 tau.. ikut jejak mama dan papa.. jadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat. .. aunt sayang haziq tau.. keep it up.. bravo abang...