Nuffnang

Nuffnang

Rabu, 26 Mac 2008

Ikan Cuuuppppiieess ku....

haaaa... kenapa tetiba aku nak bercerita pasal ikan... tetiba aku teringatkan ikan aku yang memula aku beli tu.. poyosss ajer.. konon ingat leh jaga ikan lama sikit... lagi pun bie dah pesan
jangan bela ikan lagi.. yang dekat rumah nie pun tak terbela..tapi disebabkan kedegilan aku yang terlampau.. aku dengan bangganya membeli 4 ekor ikan cuupie... perghhhh masa memula sampai di ofis aku, aku merasakan meja akulah yang paling lawo sekali ... sebab balang ikan nie tersergam indah diatas meja aku yang dah sedia lawo tu... dan dengan bangga dan megah dirinya aku terus snap beberapa foto balang dan ikan aku yang cantik lagi tertarik memang da Bombb tu..... lihat lah aksi-aksi bersama ikan cuppies kesayangan ku itu... Tapi Sayang nya.. masa aku beli tu keesokannya cuti Tahun Baru.. so lama laaa cutinya tu.. sebelum tu ader seorang makhluk Allah S.W.T tu telah berpesan kepada ku bahawanya ikan itu tak boleh hidup tanpa oksigen.. tapi aku nie dogeiiii sikit.... jadi dengan konfiden yang ader pada diri aku niee... maka aku membiarkan sajer ikan aku nie di atas meja aku yang lawo itu...
Maka alkisahnya.. apabila aku kembali ke Ofis aku untuk memulakan kembali memberikan khidmat aku kepada Negara Boleh ini .. tetiba aku melihat balang aku sudah dipenuhi dengan ulat... uuuuuuuhhhuuuuu... betapa sedih dan pilunya hati aku nieee... hanya Tuhan saja yang tahu... lagi-lagi apabila aku hendak membersihkan balang ikan dan bila aku melihat akan ikan-ikan itu yang telah hancur isi perutnya................... huuhuuuuaaaaaa
dan moral of the story.. len kali kalau dah tak reti bela ikan tu .. tak yah laaa nak bela.. kesian
dekat ikan tu... elok-elok hidup dekat kedai tu sampai dekat aku terus mati..dan lagi satu jangan melawan cakap suami tu....... huuuuuuuuuuuuu ......

dan dengan kejadian ini .... aku merasakan yang sesungguhnya aku ini tidak layak untuk membela apa-apa jenis binatang peliharaan atau menanam tanaman peliharaan juga.. cemburu sungguh aku melihat akan keindahan dan kecantikan meja-meja makhluk yang lain .. apabila terdapat balang-balang ikan dan tanaman peliharaan yang menghijau... aku pun nak gak OKSIGEN tuuuuu...
nak jugak oksigen tu....



Tiada ulasan: